Assalamualaikum!
Dah nak masuk 3 minggu saya di UK tapi hari ni baru nak update. Memula ingatkan nak cukupkan sebulan tapi haihhh Heheh. Bukan takde masa sebenarnya tapi malas nak update blog sendiri. So kali ni macam takde apa nak dibuat, so kita hapdet la sikit2 okayy.
Warning : Mungkin akan ada perasaan boring kerana terlampau panjang dan memang tidak disediakan gambar. Kalau rajin boleh baca, and kalau rasa nak tahu pengalaman saya pun digalakkan baca. Hahah
HARI BERLEPAS.
Saya datang UK ni selama 5 bulan setengah. Ya, memang mengambil masa yang lama. Huhuhu alang alang nak datang, apa kata kita datang lama gila terus kan. Baru la berbaloi orang cakap. Hahah. Lagipun saya duk lama pun takpe sebab adik saya memang stay sebab belajar disini. So untuk bahagian penginapan memang takde masalah apa. Saya dah ada tempat tinggal sendiri.
Hari berlepas ni memang takde apa berlaku. Just normal orang lain nak pergi melancong je. Family saya hantar sampai ke pintu departure. Saya naik MAS MAH0004. Perjalanan dari KL - Heathrow Airport mengambil masa lebih kurang 14 jam perjalanan.
Masa naik flight, saya duduk di tepi tingkap. And masa tu nak kata ramai tu tak la sangat, kira setiap 3 seat setiap baris atas flight tu boleh je duduk seorang diri. So kebetulan amoi yang duduk sebelah saya dia nak duduk belah belakang sebab dekat belakang takde orang, jadi saya pun bermaharajalela 3 baris iols conquer semua hahaha.
Staff MAS pun semua baik baik dan sangat membantu. Dalam flight selama 14 jam tu saya asyik makan tak benti benti tauu takkk. Memang staff mas ni rajin hidangkan air la, biskut la, jajan la dekat saya. So sambil melayan cerita dalam flight kita makan dengan gembira. hahaha. Dah la 3 seat tu terus semua tido mengiring je semua. Macam tido atas katil pulak dah. Pelbagai gaya boleh nampak masa tuu.
Dari KL - London, akan melalui Turki, Netherland, Romania, erkk yang lain lupa lah. Ada la beberapa negara yang dilalui. And kadang - kadang boleh nampak pemandangan yang sangat menyasyikkan. Dalam hati tak renti ucapkan Alhamdullilah sebab syukur sangat berpeluang untuk berjalan jauh ke negara orang.
Ok kisah bermula apabila dah sampai di Airport Heathrow.
ARRIVAL. Melepasi pihak Immegressen UK.
Semua dah turun, just ikut orang je semua. Masa tu terus keluarkan passport dan segala yang diperlukan. Kalau kita datang dekat UK sebagai tourist, pastikan beli tiket pergi balik. Make sure dah ada tiket pergi balik tauuu, SANGAT PENTING! Sebab pihak UK ni nak make sure kita akan balik semula di negara kita semula.
Alkisahnya, kalau takde tiket balik kemungkinan anda akan di hantar pulang ke negara anda semula. Pihak UK takkan benarkan anda masuk ke negaranya. Kerana pihak UK akan beranggapaan bahawasanya anda ada niat nak bekerja di negara mereka.
Ok masa tu saya dah sediakan semua. Passport, tiket pergi balik pun dah ada. Kadang2 dia nak tengok juga tiket pergi kita tu. Nak buat apa saya tak pasti.
Ikut ramai2 semua, kena tunggu Q sebab memang ramai sangat orang masa tu. Sorang by sorang lepas, ada yang tak lepas pun dia akan asingkan di satu tempat khas.
Then tiba turn saya, masa tu memang immegressen dari mat salleh sendiri. Baca di blog ramai yang cakap kalau mat salleh sendiri memang dia agak kekwat and strict. Terus kembang kempis perut ku disebabkan berdebar. Hahaha
Dan hahhhhhhh amik kau. Memang kekwat gila kott. Semua nak check. Mana passport, tiket pergi balik, nanti nak duduk dengan sapa, nak pergi ke mana, ada sedara ke dekat sini, macam mana pengangkutan, ada duit ke, berapa yang ada, ada credit card ke, adik belajar dekat mana, adik amik kursus apa, duduk dekat mana, tunjukkan alamat adik, alamat sepupu *sebab saya mention ada sepupu dekat sana*, macam2 lagi la soalan yang pelik2 ni.
Gila kauu nak menjawab semua pertanyaan ituuu!
Walaupun dah diterangkan dengan panjang lebar, memang dia tak puas hati jugak. So diarahkan supaya masuk bilik khas dia tu. Masa tu rasa biasa je sebab ramai kott yang kena macam tuu. So tak kisah sangatt.
Tunggu punya tunggu lama gila dekat 3 ke 4 jam kot untuk di panggil.Terus dia bawak untuk check luggage pulak. Semua luggage dia bukak and tengok. Dan kena terangkan satu satu benda apa yang kita bawak tu. Iols bawak banyak makanan kotttt, hahah sempat berlawak kot pegawai tuu. Hahaha
Then masuk bilik khas yang lain pula untuk sesi soal siasat. Masa ni kena tunggu lebih kurang sejam kot. Masa masuk bilik ni, semua luggage dan handbag sekali disimpan dalam bilik khas termasuk dengan tepon.
Then dia suruh tunggu untuk pegawai immgeresen datang untuk soal siasat. Masa tunggu dalam bilik ni, alhamdullilah semua makanan dan minuman disediakan. Tempat solat pun ada, Al-Quran pun ada disediakan mengikut agama masing masing. So memang takde masalah and layanan diorang pun teramat baik sekali. Masa ni pegawai immgeressen ramai yang berbangsa india.
Tunggu dalam sejam kot sampai lah pegawai immgeressen untuk sesi soal siasat. And dia tanya perlu translator ke tak, terus jawab takk. Hahah
Tapi alhamdullilah soalan biasa biasa je. Dia cuma nak tahu jawapan kita and kita kena jawab dengan yakin and dia nak tahu kita duduk dimana. Masa tu memang adik saya dah sampai di airport so adik saya ada terangkan sikit sebanyak. Lepas dia berpuas hati semua ok stop dia suruh tunggu sekejap.
Then tunggu lebih kurang dalam setengah jam pulak dia datang bagitahu, 'ok sarah, you are allowed to go". Teruss wahhhh alhamdulillah semuanya ok je.
Nasib pegawai tu hensem kottt and sangat baik. Dia temankan amik bag, tolong pegangkan dan iring sampai la keluar.
Memang agak susah nak masuk uk ni kalau anda nak duduk lama sebagai tourist ni. Memang akan disoal siasat bagai nak rak macam saya ni unless kalau datang setakat 2 minggu ke sebulan memang takde masalah and kalau datang sebagai pelajar pun memang takde masalah jugak. Sebab pelajar kan dah ada visa semua so dia memang takkan check kaw kaw punya.
Tapi saya special kot sebab datang nak dekat 6 bulan tu sebab dia check betol2 kot kot saya ada niat nak kerja dekat sini ke apa kan. Walaupun tak menyalahi undang2 uk sebenarnya, tapi pihak immegressen nak tahu kenapa kita datang lama sangat.
Kalau nak tahu undang2 uk ni, kalau nak datang sebagai tourist, kita boleh duduk sini sehingga 6 bulan. Sebab tu saya tegaskan masa soal siasat tu, saya cakap saya takde buat salah and takde menyalahi undang2 Uk, tu sebab dia lepaskan saya.
Then lepas je keluar dari pintu, terus cari adik saya. Alhamdulillah rasa syukur sangattt. Semua nya dah ok. Then balik rumah and rehat sebab memang dah lembik je rasa badan ni. Yelah memang tak cukup rehat sangat2.
Orang kata nanti kena jet lagged. Haha tapi saya sini asal terang benderang je mata dah automatik terbukak. Tak rasa jet lagged sangat kiranya.
Yang ni gambar selepas beberapa hari dekat sini. Ok akan bersambung kot *kalau rajin nak menaip* hahaha. Banyak pengalaman dekat sini. InshaAllah, saya akan slow slow cerita dekat sini yeee. Stay tuneee.
Kalau nak cepat, just follow saya di instagram sarah_mohamad88 memang selalu nya live update dekat situu. Haha
Till then,
XOXO.