Friday 14 November 2014

Cara buat air teh lemon

Assalamualaikun and Hai uolsssss.

Dah lama tak update belog kan kan kan. Bukannya apa, tarak mood ni nak update. Hikss tunggu mood sampai ke badan dulu, kalau mood tak sampai2 alamatnya memang berkusang lerrr belog nii.



Sejak duduk sini, di uk ni, housemate saya sorang tu asal dari itali. Setiap pagi mesti dia bangun dan terus ke dapur buat air teh lemon dulu. Baru dia akan buat kerja kerja dia yang lain.


Tertanya tanya jugak sedap sangat ke? Kenapa minun air teh dengan lemon? Macam pelik je. Yelah, walaupun di nalaysia ni pun ada jugak ais lemon tea tapi sebenarnya ais lemon tea tu sebenarnya dari serbuk. Tak kick langsung rasanya.


So saya try la buat. Caranya pun memang senang bangatttt. 


First, masukkan teh dalam air panas. Teh tu ikut la brand apa apa pun tarak kisahh tapi dekat uk ni pelbagai jenis teh ada. Like aku nak gila ok masa nak pilih teh je pun. Ada perasa buah buahan semua buah ada kot, ada yang teh with green tea, ada yang red tea, tea with cappucino  tea with latte, tea with bla bla bla memang banyak pilihan tau takkkkk sampai rambang mata dibuatnya.


Eh sambung hehehe


Lepas tu masukkan gula dan perahan lemon. Ituuu je sebenarnya. Memang lepas minun rasa sangat refreshing!


Dan rasanya sangat la sedapp. Kena pandai balance kan manis dan masam tu. Taknak manis sangat dan taknak masam sangat. Sedang sedang je.
 


Okay tips untuk perbanyakkan air perahan lemon adalah korang sebelum hiris lemon, sebelum tu masukkan lemin dalam microwave dan panaskan lebih kurang dalam 40saat.


Dah panaskan, mesti suam suam je kan lemon tu. Golek golek lembut sikit, jangan kasar tau nanti lemon tu pecah. Dah golek, baru hiris. Percaya lah, memang banyak air keluar. Squeeze sikit je mencurah curah air perahan keluar.


Lepas dah minum segelas, mesti rasa nak membuang sebab lemon dan teh membantu membuang toksin dalam badan. Sebab tu ianya bagus untuk kesihatan. Hehehe. Membuang pagi2 ni bagus, takde la toksin dalam badan tu yang membuatkan badan jadi lemau lesu tak bermaya semua.
Update dari tepon je ni. Tu yang tunggang langgang semua.


Till then, xoxo.

1 comment:

Terima kasih sudi memberikan komen, pandangan dan ulasan anda. Saya hargai :)