Hi and Assalamualaikum uols.
Hari Jumaat yang lepas saya sempat pergi ke Golok Thailand. Sebenarnya dah beberapa kali dah pergi sana dan ni kali be berapa pun saya dah lupaaaa hehehe
Nak pergi ke sana ada 2 cara. Cara pertama nak masuk guna kereta dan cara kedua adalah masuk dengan cara menyeberang sungai golok. Sungai tu kecik je dengan tambang RM1. Tak sempat nak duduk dah sampaiii =P
Ok untuk cara yang pertama iaitu nak masuk guna kereta ni leceh sikit, tak banyakkk sikitt je heheh
Kalau nak masuk guna kereta, kena buat border pass, kalau guna passport pun boleh. Kena bawak geran kereta untuk insurans dan kena bayar lebih kurang RM10 kalau tak silap saya. Tu je. Siapa siapa yang ada pengalaman masuk ke sana guna kereta boleh share disini.
Saya tak pernah lagi masuk guna kereta. Selalunya saya park kereta di pekan rantau panjang dan naik perahu untuk menyeberang. Kereta jangan risau, selamat je. Tak pernah lagi bunyi2 kereta hilang setakat ni dari pengetahuan saya.
Masa saya pergi sana dah petang pun, memang nak pergi petang sampai lewat malam. Lepas saya menyeberang tu selalunya ada kawan yang menunggu dah. Senang sikit kalau ada kawan yang ada sedara belah sana sebab jalan di pekan golok ni agak memeningkan dan berliku lara sikit.
OTW ke sana. Sebelum tu #letmetakeaselfie
Sebelum menyeberang, sempat jugak makan ice cream baba. Sedap hoiiii. Harga RM3. Dalam tu ada kekacang, ada roti, ada pulut. Sekarang di bandar KB dah ramai yang jual ice cream baba ni tapi yang aslinya dan asalnya adalah seperti di atas. Yang ni ice creamnya rasa sedap semacam dan berlemakkk je. Kalau beli di tempat lain tak berapa sedap sangat.
Yang ni pulakkentang hancur. Sedappp beli di gerai tepi jalan je. Mula2 ingatkan tak sedap, dah tryy woahhhh sedap gila. Kentang ni kalau masuk dalam mulut terus cairr, tapi dekat luar sangat crispy. Boleh letak perasa seperti cheese, bbq, blackpapper, sweet and sour, dan banyak lagi. Saya pilih papika. Rasa manis-manis pedas sikit.
Lepas tu makan ice cream. Punnnnnnnnnnnnn sedappppp. Semua amik ice cream yogurt. Ni ice cream gulung ok. Caranya dia seperti video di bawah ni.
Kena tengok dulu video ni baru tahuu kesedapan ice cream ni. Dekat KB Mall pun ada dah ice cream ni tapi sedap lagi yang asal dari Golok ni.
Ada perasa coklat, strawberry, yogurt dan pelbagai lagi. Semua pilih yogurt. Sedapppp. Rasanya macam ice cream snogurt tapi versi gulung. Masam masam jeeee.
Ada 3 step. 1) Pilih perasa ice cream. 2) Pilih 2 jenis topping. Saya pilih marshmellow dan M&M. 3) Pilih samada nak letak whipping cream atau tak. Kalau letak lagi sedap tauuu.
Dekat kedai ni jugak ada jual air (pelbagai jenis air) tapi yang specialnya adalah AIR + AIS TIDAK AKAN CAIR SELAMA BEBERAPA JAM.
Macam tak logik kan?! Tapi memang betol pun. Air tersebut dibungkus dan diletakkan dalam paper bag. Paper bag tu dimasukkan dalam plastic bag pulak. Sebab tu kot ais tidak mencair.
Di antara menu - menu air nya. Saya beli 3 jenis 1) Tea with milk - rasanya macam teh ais versi pekat. 2) Green tea with milk - yang ni sedap hokayyy. First time minum green tea ni. Macam ada rasa pudina pun ada sebab ada rasa mint dalam air ni. 3) Caramel with milk - tak try sebab kawan punyaaa hehehe
Lepas tu makan di tempat lain pulak. Lupa tempat tu nama apa. Masa ni dah malam and semua dah letih jalan - jalan area pekan golok ni. Pekan golok ni memang memeningkan kawasannya. Semua tempat dan jalan semuanya bercabang 4. Memang pening. Kalau orang tak tahu boleh sesat dibuatnya.
Lauk pauk malam tu adalah 1) Sotong celup tepung 2) Tomyam sedap gilaaaaaa 3) Ayam masak lemon. Dia bukan guna ayam biasa, ayam apa tah namanya tapi memang lain dari yang lain dan sedap lain macam. Tak habis2 saya ni dengan sedap hahahah. Dah memang yang saya makan tu bagi saya semuaaaaaa sedap. 4) Ayam pakappau (betul ke tak entah saya eja ni tapi sebutannya memang macam tu). Ayam ni ayam cincang tapi dimasak dengan caranya tersendiri. Pun sedappp. 5) Telur dadar pun sedap ok hahah rasanya sangat crispy sangatttt.
Air pulak air carrot ni dia blend hancur2 dan buat seperti ice blended gituu. Air laici satu dan air kelapa satu. Semua sekali makan ni RM65 SAHAJA! Murahhhhhh sangatttt makan disni.
Yang ni cuba tekaaaaa? Hahaha
Yang ni adalah air soya + telur payuh separa masak. Woahhh. Rasanya sedap jugak cuma tak tertelan rasanya telur puyuh tuu hahaha. Kalau amalkan memang elok. Suam - suam rasanya.
Overall memang best ke sini. Tak pernah tak puas hati kalau ke golok ni. And banyakkk lagi tempat menarik yang belum saya lawati. InshaAllah, ada kesempatan ada peluang saya akan ke sini lagi and ofcourse untuk mencuba makanan yang pelik2 lagii hahhaa
Apa yang saya tengok, thailand ni memang pelbagai jenis makanan yang kreatif dan menarik mereka cipta (semestinya sedap!)
Till then,
XOXO
Suami sy org yala sis..slalu sy balik sana cara2 nk msk dgn kereta..pemilik kenderaan..nama dlm geran kereta mesti ada bersama @ buat surat akuan sumpah kebenaran dr pemilik kenderaan jika tidak dapat hadir bersama ..pas tu kat imigresen golok lps cop passport bawa geran kereta bersama passport ke satu kaunter buat surat kastam kat cini pun blh buat ansuran body skali..surat kastam tu free sj tetapi jika hilang panjang cerita sampailah ke balai..jika terlewat hantar denda 1000bath sehari..surat ini mesti hantar selepas cop msk msia biasanya tempoh dberi selama sbln..sy biasa buat bila pergi jauh dr bandar golok..jika sekitar golok insyaallah x de pun x pe..tempat yg pernah sy lawati..yala(selalu..balik kpg) golok(seminggu sekali) Bangkok..phuket..Hatyai
ReplyDeleteSuami sy org yala sis..slalu sy balik sana cara2 nk msk dgn kereta..pemilik kenderaan..nama dlm geran kereta mesti ada bersama @ buat surat akuan sumpah kebenaran dr pemilik kenderaan jika tidak dapat hadir bersama ..pas tu kat imigresen golok lps cop passport bawa geran kereta bersama passport ke satu kaunter buat surat kastam kat cini pun blh buat ansuran body skali..surat kastam tu free sj tetapi jika hilang panjang cerita sampailah ke balai..jika terlewat hantar denda 1000bath sehari..surat ini mesti hantar selepas cop msk msia biasanya tempoh dberi selama sbln..sy biasa buat bila pergi jauh dr bandar golok..jika sekitar golok insyaallah x de pun x pe..tempat yg pernah sy lawati..yala(selalu..balik kpg) golok(seminggu sekali) Bangkok..phuket..Hatyai
ReplyDeleteSis..kalau dari imegrsen nk pergi ke yala brapa jam yer?n biase kna ambik taxi or moto tmbang nk pegi sana?
DeleteSis..kalau dari imegrsen nk pergi ke yala brapa jam yer?n biase kna ambik taxi or moto tmbang nk pegi sana?
DeleteMakanan sana memang sedap. Mungkin nasi sup biasa saja tapi cara diorang prepare tu buat rasa lain macam.
ReplyDeleteMakanan sana memang sedap. Mungkin nasi sup biasa saja tapi cara diorang prepare tu buat rasa lain macam.
ReplyDelete