Hi and Assalamualaikum uols.
Dah beberapa kali sebenarnya saya berniat nak makan di kedai ni tapi belum berkesempatan lagi. So kali ni dapat jugak makan setelah beberapa kali niat asal nak pergi makan sini terbantut heh!
Seperti biasa, sebelum saya pergi makan makan atau ke mana mana saya akan buat sedikit review dan survey terlebih dahulu. Rata2 yang saya baca semuanya memberikan positive feedback. So okay la, meh la kita pergi try.
Cafe ni berada di bandar rantau panjang. Memang senang je nak nampak cafe ni sebab satu satunya cafe yang 'lain dari yang lain' heheh. Tak lain macam mana, cafe ni je yang terlebih menyerlah di antara semua kedai yang ada di rantau panjang ni.
Kredit gambar dari Google dan owner asal. Boleh baca blog ni (klik!)
See what i mean? Sebelah kedai lain semuanya tipikal kedai biasa je di rantau panjang ni, tapi cafe ni menyerlah di antara kedai kedai yang ada kan.
Dah masuk dalam cafe ni memang rasa agak mewah dan exklusif je. Masa kami masuk dah kosong sebab petang. Memang sengaja nak pergi petang sebab dah tahu kalau pergi hari minggu dan lunch time memang packed dengan orang ramai. Di rantau panjang, hari minggu memang ramai je orang datang nak shopping.
Cafe sangat neat dan bersih. Meja tersusun cantik je dan ada sudut deco untuk membaca. Boleh juga untuk bergambar. Saya pulak masa tu kalut nak balik sampaikan lupa nak bergambar di sudut yang cantik dalam cafe ni. Haihhh ruginyaa.
Semasa perjalanan, selfie dulu :D Kalau dari KB nak ke Rantau Panjang ni memakan masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Kalau bawak laju setengah jam pun dah sampai :D Jalannya nak ke sana kalau tak jammed memang clear dan straight je. So boleh memecuttt hahaha
Buat peace dulu sebelum makan =P
Datang makan ke cafe ni bersama dengan sepupu dan kawan.
Chicken parmesan. Pedas2 sikit. Sedap! RM27. Banyak lauknya, memang sembelit jugak nak habiskan. Hehehe
Selfie dengan sepupu.
Dekat cafe ni jugak memang special dengan pelbagai dan variasi kek. Ada banyakkkk dan sedap sedap semuanya. Macarons pun ada. Sempat jugak try macarons tapi tak kena la dengan tekak saya. Manis sangatt. Sepupu cakap sedap sebab memang feveret dia. Ni perasa strawberry dan rasberry. RM3.50 seketol.
Air mocha chocolate. Eh ke bukan eh lupa la air apa nii RM10.50.
Saya dengan spagetti carbonara. Masin sikit. Tapi sedap dan berlemak je. Kalau ada udang maybe lagi sedap. RM17.
Overall bolehh la. Bagi saya so - so je. Bukan ada effect wow pun just boleh la sebab saya dah pernah cuba makan di tempat lain dengan harga sebegini yang lebih sedap lagi.
Dekat sini pun katanya untuk coffee lover. Ada yang saya baca review di blogs katanya sini antara coffee yang sedap pernah di cuba. Lain kali boleh cuba pulak coffee dekat sini.
Harga semua sekali RM98.50. Memang agak mahal rasanya. Tapi sekali sekala boleh la makan sedap ye dak. =P
Till then, XOXO
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi memberikan komen, pandangan dan ulasan anda. Saya hargai :)