Tuesday 28 October 2014

Makanan yang dihidangkan MH0004

Hai and Assalamualaikum.

Haihh dah start menulis ni terus hari hari rasa nak menaip. Kemainn =P

Sementara takde buat apa ni, mari lah kita update blog yang seciput ni. Masa menunjukkan jam 0806 pagi masa london. Dah masuk pre winter to masa berganjak awal sejam. Eh ke lewat, eh ke awal. Lupa pulak rasanya awal sejam kot.

Sebab kalau di smartphone memang dia dah automatik tertukar sendiri masa tu. Tapi kalau dekat jam dinding jangan harapla nak automatik tertukar ye, kena ada tangan ajaib setting balik. Hahaha.

Saya cuba update ikut flow ye. Previous entry dah megenai arrival di London ni, so apa kata kita cekidout apa jenis makanan di dalam flight saya hari tu.


Gambar tak ikut flow tau. Ihik. 
Yang ni first dia bagi dekat saya. Memula stewardess tu tanya nak makan western ke, malay food. Seperti sedia maklum memang saya perut malay haha harus lah pilih makanan yang ada nasi2 ni. Western terus tak main ok. Padahal dekat rumah, rajin pulak masak western2 ni.

Rasanya?
Ya Allah semua super sedap ok! Sedap giloss. Rasanya kalau makan dkt kampung pun takde sesedap ni.Sapa ekk yang supplier bahan makanan kepada mas ni? Nak ucapkan tahniah sebab makanan anda memang sedap and saya berpuas hati. Eheheh.

Makan dah licin terus tumbang. Ingatkan nak tido, tapi tak lena. Maybe tak biasa kot. Orang yg dah biasa travel2 jauh2 ni biasa la kot. Tengok orang lain lena kemain :( Kita duk main mata terbukak katup terbukak katup macam tu la sepanjang perjalanan.

Di antara semua, yang paling sedap atas tu adalah roti keras. Scones ek? Entah tak pasti nama apa tapi yang pastiiii super sedap nauuu! Memula dalam hati bercakap, eh sedap ke roti macam ni, macam keras sikit, pastu try sikit wahhh terus ngap tanpa sempat berfikir tau. Sedap gilos!

 


Yang ni makanan kedua. Baru lah boleh amik western. Hehehe. Sebab dah makan nasi, so perut melayu ni boleh la terima makanan western pulak.

Yang ni takde pulak scones tu :( Ada salad (dalam salad ada kepingan ayam dan tuna) woahh memang sedap nauuu! Ada jugak salad buah buahan. Buah macam biasa sedap jee hahah. Air selalunya dia tanya nak air apa so nak mudah pilih je fresh orange.

Pasta tu pulak dengan kuah udang. Sedap!!! Walaupun nampak macam taksedap, rupanya punnnn sedap teramat.

Dia just bagi roti biasa je, tapi alhamdulillah semuaaaaa pun sedap!



Diantara kudapan yang telah diberi. Ada yang dia bagi nuts. Semua ni non stop. Kadang kejap2 staff datang tanya nak apa2 tak, nak tea ke nak juice ke. Kalau nak boleh amik je. Memang sangat peramah staff ni regardless dengan tragedi MH307 dan MH17 tu.

Saya pun memula takut and asyik berdoa je mohon perlindungan dari Allah semoga selamat sampai dan mendarat. And Alhamdullilah it went well. So thumbs up for the service MAS. 


Till then,
XOXO.

Sunday 19 October 2014

Pengalaman di tahan di Imigressen UK (UK Border)

Assalamualaikum!

Dah nak masuk 3 minggu saya di UK tapi hari ni baru nak update. Memula ingatkan nak cukupkan  sebulan tapi haihhh Heheh. Bukan takde masa sebenarnya tapi malas nak update blog sendiri. So kali ni macam takde apa nak dibuat, so kita hapdet la sikit2 okayy.

Warning : Mungkin akan ada perasaan boring kerana terlampau panjang dan memang tidak disediakan gambar. Kalau rajin boleh baca, and kalau rasa nak tahu pengalaman saya pun digalakkan baca. Hahah



HARI BERLEPAS.

Saya datang UK ni selama 5 bulan setengah. Ya, memang mengambil masa yang lama. Huhuhu alang alang nak datang, apa kata kita datang lama gila terus kan. Baru la berbaloi orang cakap. Hahah. Lagipun saya duk lama pun takpe sebab adik saya memang stay sebab belajar disini. So untuk bahagian penginapan memang takde masalah apa. Saya dah ada tempat tinggal sendiri.

Hari berlepas ni memang takde apa berlaku. Just normal orang lain nak pergi melancong je. Family saya hantar sampai ke pintu departure. Saya naik MAS MAH0004. Perjalanan dari KL - Heathrow Airport mengambil masa lebih kurang 14 jam perjalanan.

Masa naik flight, saya duduk di tepi tingkap. And masa tu nak kata ramai tu tak la sangat, kira setiap 3 seat setiap baris atas flight tu boleh je duduk seorang diri. So kebetulan amoi yang duduk sebelah saya dia nak duduk belah belakang sebab dekat belakang takde orang, jadi saya pun bermaharajalela 3 baris iols conquer semua hahaha.

Staff MAS pun semua baik baik dan sangat membantu. Dalam flight selama 14 jam tu saya asyik makan tak benti benti tauu takkk. Memang staff mas ni rajin hidangkan air la, biskut la, jajan la dekat saya. So sambil melayan cerita dalam flight kita makan dengan gembira. hahaha. Dah la 3 seat tu terus semua tido mengiring je semua. Macam tido atas katil pulak dah. Pelbagai gaya boleh nampak masa tuu. 

Dari KL - London, akan melalui Turki, Netherland, Romania, erkk yang lain lupa lah. Ada la beberapa negara yang dilalui. And kadang - kadang boleh nampak pemandangan yang sangat menyasyikkan. Dalam hati tak renti ucapkan Alhamdullilah sebab syukur sangat berpeluang untuk berjalan jauh ke negara orang. 

Ok kisah bermula apabila dah sampai di Airport Heathrow.


ARRIVAL. Melepasi pihak Immegressen UK.

Semua dah turun, just ikut orang je semua. Masa tu terus keluarkan passport dan segala yang diperlukan. Kalau kita datang dekat UK sebagai tourist, pastikan beli tiket pergi balik. Make sure dah ada tiket pergi balik tauuu, SANGAT PENTING! Sebab pihak UK ni nak make sure kita akan balik semula di negara kita semula. 

Alkisahnya, kalau takde tiket balik kemungkinan anda akan di hantar pulang ke negara anda semula. Pihak UK takkan benarkan anda masuk ke negaranya. Kerana pihak UK akan beranggapaan bahawasanya anda ada niat nak bekerja di negara mereka.

Ok masa tu saya dah sediakan semua. Passport, tiket pergi balik pun dah ada. Kadang2 dia nak tengok juga tiket pergi kita tu. Nak buat apa saya tak pasti.

Ikut ramai2 semua, kena tunggu Q sebab memang ramai sangat orang masa tu. Sorang by sorang lepas, ada yang tak lepas pun dia akan asingkan di satu tempat khas. 

Then tiba turn saya, masa tu memang immegressen dari mat salleh sendiri. Baca di blog ramai yang cakap kalau mat salleh sendiri memang dia agak kekwat and strict. Terus kembang kempis perut ku disebabkan berdebar. Hahaha

Dan hahhhhhhh amik kau. Memang kekwat gila kott. Semua nak check. Mana passport, tiket pergi balik, nanti nak duduk dengan sapa, nak pergi ke mana, ada sedara ke dekat sini, macam mana pengangkutan, ada duit ke, berapa yang ada, ada credit card ke, adik belajar dekat mana, adik amik kursus apa, duduk dekat mana, tunjukkan alamat adik, alamat sepupu *sebab saya mention ada sepupu dekat sana*, macam2 lagi la soalan yang pelik2 ni.

Gila kauu nak menjawab semua pertanyaan ituuu!

Walaupun dah diterangkan dengan panjang lebar, memang dia tak puas hati jugak. So diarahkan supaya masuk bilik khas dia tu. Masa tu rasa biasa je sebab ramai kott yang kena macam tuu. So tak kisah sangatt.

Tunggu punya tunggu lama gila dekat 3 ke 4 jam kot untuk di panggil.Terus dia bawak untuk check luggage pulak. Semua luggage dia bukak and tengok. Dan kena terangkan satu satu benda apa yang kita bawak tu. Iols bawak banyak makanan kotttt, hahah sempat berlawak kot pegawai tuu. Hahaha

Then masuk bilik khas yang lain pula untuk sesi soal siasat. Masa ni kena tunggu lebih kurang sejam kot. Masa masuk bilik ni, semua luggage dan handbag sekali disimpan dalam bilik khas termasuk dengan tepon.

Then dia suruh tunggu untuk pegawai immgeresen datang untuk soal siasat. Masa tunggu dalam bilik ni, alhamdullilah semua makanan dan minuman disediakan. Tempat solat pun ada, Al-Quran pun ada disediakan mengikut agama masing masing. So memang takde masalah and layanan diorang pun teramat baik sekali. Masa ni pegawai immgeressen ramai yang berbangsa india.

Tunggu dalam sejam kot sampai lah pegawai immgeressen untuk sesi soal siasat. And dia tanya perlu translator ke tak, terus jawab takk. Hahah

Tapi alhamdullilah soalan biasa biasa je. Dia cuma nak tahu jawapan kita and kita kena jawab dengan yakin and dia nak tahu kita duduk dimana. Masa tu memang adik saya dah sampai di airport so adik saya ada terangkan sikit sebanyak. Lepas dia berpuas hati semua ok stop dia suruh tunggu sekejap.

Then tunggu lebih kurang dalam setengah jam pulak dia datang bagitahu, 'ok sarah, you are allowed to go". Teruss wahhhh alhamdulillah semuanya ok je.

Nasib pegawai tu hensem kottt and sangat baik. Dia temankan amik bag, tolong pegangkan dan iring sampai la keluar. 

Memang agak susah nak masuk uk ni kalau anda nak duduk lama sebagai tourist ni. Memang akan disoal siasat bagai nak rak macam saya ni unless kalau datang setakat 2 minggu ke sebulan memang takde masalah and kalau datang sebagai pelajar pun memang takde masalah jugak. Sebab pelajar kan dah ada visa semua so dia memang takkan check kaw kaw punya.

Tapi saya special kot sebab datang nak dekat 6 bulan tu sebab dia check betol2 kot kot saya ada niat nak kerja dekat sini ke apa kan. Walaupun tak menyalahi undang2 uk sebenarnya, tapi pihak immegressen nak tahu kenapa kita datang lama sangat. 

Kalau nak tahu undang2 uk ni, kalau nak datang sebagai tourist, kita boleh duduk sini sehingga 6 bulan. Sebab tu saya tegaskan masa soal siasat tu, saya cakap saya takde buat salah and takde menyalahi undang2 Uk, tu sebab dia lepaskan saya. 



Then lepas je keluar dari pintu, terus cari adik saya. Alhamdulillah rasa syukur sangattt. Semua nya dah ok. Then balik rumah and rehat sebab memang dah lembik je rasa badan ni. Yelah memang tak cukup rehat sangat2. 

Orang kata nanti kena jet lagged. Haha tapi saya sini asal terang benderang je mata dah automatik terbukak. Tak rasa jet lagged sangat kiranya.



 

Yang ni gambar selepas beberapa hari dekat sini. Ok akan bersambung kot *kalau rajin nak menaip* hahaha. Banyak pengalaman dekat sini. InshaAllah, saya akan slow slow cerita dekat sini yeee. Stay tuneee.

Kalau nak cepat, just follow saya di instagram sarah_mohamad88 memang selalu nya live update dekat situu. Haha

Till then, 
XOXO.

Sunday 12 October 2014

Cempedak Goreng Rangup dan Sedap!

Hai and Assalamualaikum uols.

Saya nak share resepi cempedak goreng yang rangup habissss kott hahah kemain lagii. Memang rangup pun bagi saya. Memang sekarang ni musim cempedak kan. Dekat kelantan ni mana mana tempat pun ada jual cempedak.

Kalau nak beli cempedak kena hati hati jugak ye. Kena check kot kot ada yang dah rosak dan buruk *dah kena hari tu :(*

Selalunya orang jual longgok2 dekat tepi jalan. Kalau macam tu selalunya ada satu je yang elok dan 2 lagi buruk. So check dulu ye buah cempedak tuu. 


Cantik kannn buah cempedak ni. Kaler pun naikkkk je. Nyumss kau tunggu jadi cempedak goreng nanti aku makan habis habisan. Gittewww hahaha.

Untuk pengetahuan semua, saya kalau boleh memang nak elakkan beli cempedak goreng. Sebab tak pasti kebersihannya terjaga atau tak. Buah cempedak kan berlendir sikit, so kalau duk pikir2 pasal kebersihan ni memang tak makan dibuatnya.

Jadi best solution, beli buah cempedak dan buat sendiri. Senang je sebenarnya dan of course kebersihan memang gerenti dah bersih kan kan kannn heheh.

 Meh tengok caranya.


1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk black papper
1 sudu butter - untuk menjadikan cempedak goreng lebih crispy yowww
Secubit garam

-- Campurkan semua bahan2 di atas bersama air.

Campurkan air tersebut sedikit demi sedikit. Make sure ianya tak pekat dan tak cair. Just ngum ngumm alahh macam buat cekodok je punnn hahah


Gaul gaul rata sampai dah sebati macam ni.


Guna api sederhana besar dan pastikan dah panas tauuuuuu. Tak panas jangan buh lagi sebab nanti ianya akan menyerap minyak. Kang tetiba makan buah ke minum minyak nii hahaha


Dah kekuningan sila lah angkatt. Saya punya terhangit sikitt sebab duk menggoreng sambil tengok fb di tepon sampai lupaaaa. Hahaha nasib hangit sikit je pun, kalau tak nangisss.

 

Tengokkkkk sebegitunya close up lagii hahah

Memang sedap dan sangat rangup ye! Krup krap lagi bunyiii. Kalau buah cempedak manis lagi berlemak je rasa. Woahh tengok ni pun dah teringin nak makan.

Oh ya, kalau buah cempedak sedap memang cempedak goreng ni akan jadi sedap. Kalau sebaliknya, memang tak sedap la jadinya. So first thing sekali kalau nak buat cempedak goreng, pastikan buah cempedak manis tauuu.

Saturday 11 October 2014

Makan - Makan di CAFE JIRAN

Assalamualaikum and Hai uols.

Kejadian ni sebenarnya dah lama berlaku tapi macam biasa hehehe entry peram ni.Hari ni baru ada hati nak update blog sendiri. Sebelum ni pun ada hati tapiiii krik krikk ada je benda yang perlu disetelkan terlebih dahulu.

--

Kali ni saja je jumpa dengan saya punya best friend. Dah lama kawan kot =P

Ajak makan - makan di Cafe Jiran.

Cafe Jiran ni kalau tak salah saya cafe yang agak baru dibuka di Kota Bharu.  

Janji dengan bff nak jumpa kat sini jam 830 so 830 lerr saya terpacak depan cafe ni. Hehehe



Suansa dan persekitaran dalam cafe ni adalah nice. Susun atur perabut semua teratur je.

Masa saya pergi ni penuh kot orang. Memang ramai yang keluar masuk dalam cafe. Ada yang datang dengan keluarga anak anak semua, ada yang datang berdua (dating lettewwwww hahaha), ada yang datang lepak2 semua.

So saya rasa cafe ni sesuai untuk semua golongan.
 


 

 Saya sukaaa cafe yang ada open macam ni.

Sebab kita boleh tengok macam mana cara diorang masak, bersih ke tak, and macam mana diaorang prepare sesuatu dish tu, boleh tengok keadaan staff. Thumb up for this! Lepas tu ada letak batu bata macam tuu rasa elemen klasik la pulak heheh.

Rasanya ni first time tengok cafe yang buat gaya open macam ni di Kota Bharu kottttt. Dari sini saya boleh simpulkan cafe ni memang bersih dan kemas. Semua dan tersusun dengan baik.

 

Air gelas yang besarrrrrrr. Boleh share dengan 3 orang pun tak habis lagi ni. Harga lebih kurang RM7 ke atas. Lupa harga betol. Tak lebih dari RM10. 

Bagi saya dah murah kot sebab besar and maybe sebab diorang guna jus kordial. Saya lebih prefer pure juice dari buah. Kalau kordial, dekat rumah pon boleh buat kan. Hehehe


 

Salah satu diantara makana kami pada malam tu.  Nama lupa. Harga nya adalh RM24. Ada ayam, sosej, jagung bla bla bla. Kuahnya pekat.
 

 Lupa pulak nama apa. Boleh la rasanya. Ada pasta seciput hehehe

 

 Fish and chips saya punyaa. Macam biasa guna ikan dory. Sedap jugak. Harga nya adalah RM9.90. Fries banyak kot dia bagi. Berbaloi baloiii. Fries pun soooodap walaupun nampak tak berapa sedap. Hahaha 

Cuma saya agak tak berpuas hati makanan lambat sampai. Ok la kami paham orang pun ramai masa tu. So tak pe lahh. Harap2nya next time kalau pergi at least bagi cepat la makanan. Kesian orang menunggu. Lagi2 ada anak kecik yang kelaparan.
 

 Thank you kepada bff ku selalu belanja makan. Heheh tokeyy kedai nii. Lain kali boleh belanja lagi.

Untuk rate bagi cafe jran ni saya bagi 6/10. Just nice nak lepak2, nak hangout dengan family member atau just untuk makan2. Its a nice place.


Wednesday 1 October 2014

Imam Syafie - Berkelanalah

Hai dan Assalamualaikum.

Sedikit kisah personal saya nak kongsikan di dalam blog. Jarang okayy kisah peribadi ni =P sebab it may be too personal to me but i would like to share my thoughts to those of you. Maybe this is just a random blog post.

Firstly, looking at the picture below, it showed that i will fly to United Kingdom on October 8, 2014 for about 6 months. As you may know, this is the hardest decision EVER in my life that i have to take. 

Saya memang ambil keputusan terbesar dalam hidup. Untuk mencuba nasib dan berhijrah di negara orang. InshaAllah, mohon dipermudahkan :)

Keputusan ni diambil kerana hehehe jeng jeng jenggg agak kecewa jugak la sebab tak dapat dapat lagi kerja di negara tercinta ini. Bukan takada kerja langsung, tapi ada beberapa sebab dan alasan yang terpaksa ditolak. Bukan memilih kerja, tapi situasi yang tak bersesuaian yang menyebabkan kerja yang ditawarkan terpaksa di tolak.

Dan beberapa sebab lain, contohnya with loved ones

Dan selepas survey dan baca a few blogs tentang penghijrahan ni, saya percaya mungkin ini adalah keputusan terbaik bagi saya.

Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang saya sendiri tak tahu. Hanya kepad Allah sahaja saya meletakkan harapan.

Saya tidak buat istikharah tapi perasaan ni this feeling membuatkan saya yakin.

 

Saya beli tiket di ejen AlQuds di Kota Bharu. Beli tiket pergi dan balik. Sebabnya, apabila nak ke UK tak perlu visa tapi kena ada tiket pergi dan balik. Tu je yang saya tahu. *nanti dah sampai di sana saya akan share di blog pulak ye*

--

 Syair dari Imam Stafie - Berkelanalah




Tiadalah menetap bagi yang berakal dan punyai cita-cita dengan santai, 
Maka tinggalkanlah watan dan berkelanalah

Pergilah, kau kan ketemui ganti kepada apa yang kau tinggalkan 
Lelah dahulu kerana kenikmatan hidup itu setelah kelelahan

Aku melihat air yang tenang pastikan keruh
Sekiranya mengalir eloklah ia, jika tidak pasti sebaliknya.

Sang singa kalaulah tidak meninggalkan sarang pasti tidak membaham
Anak panah kalau dibiarkan pasti tidak mengena sasarannya

Mentari kalau tidak berganjak kedudukannya
Bosanlah manusia sama ada Arab mahupun lainnya

Galian itu hanyalah tanah biasa jika tidak digali
Begitu juga setanggi, ia hanyalah sejenis kayu

Sekiranya ia diasingkan dari kelompoknya, bagaikan emas
Sekiranya dimanfaatkan, tinggi permintaannya

-- saya google dan terjumpa syair ni juga cuma makna yang berlainan tapi sama maksud.

Tidaklah berdiam di tempatnya orang2 berakal dan beradab, dari rehatnya dia berpisah dan dari negerinya dia mengasingkan diri

Berpergianlah, akan kau temukan pengganti yang telah engkau tinggalkan, berusahalah, sungguh kenikmatan hidup ada pada kerasnya usaha

Sungguh aku melihat diamnya air merusakkannya, bila bergerak ia jernih, bila tak mengalir maka ia tak menyehatkan

Dan singa yang tak tinggalkan sarangnya takkan memangsa, dan panah yang tak terlepas dari busurnya takkan mengena

Dan matahari yang bertetap pada peredarannya, tentu akan menjemukan manusia, baik dari ajam maupun arab

Dan biji emas tak ada bedanya dengan biji tanah saat tercampur di tempatnya, kayu gaharu terserak di tanah pun serupa dengan kayu bakar

Bila kau pisahkan biji emas dari tanah, maka mulia dia dan dicari, bila kau pisahkan kayu gaharu dari kayu bakar, ia akan seharga emas

-- hayati kata-kata yang manis ini.

Memang dalam islam sendiri menggalakkan kita untuk mengembara bagi menghayati kehidupan ini. Keluar dari zone selesa, dan mengembara lah. Cari diri sendiri. Kita akan lebih menghargai kehidupan ini. Kalau asyik duduk di zon selesa, macam mana kita nak kenal diri sendiri?

InshaAllah, semoga Allah memberi pengakhiran yang baik kepada saya dan kepada semua. 

Saya tidak tahu masa depan macam mana yang Allah telah rencanakan, dengan tawakkal dan usaha serta berkat doa dari ibubapa dan semua dan niat yang betul, semoga Allah memberi pengakhiran yang baik kepada saya sekeluarga.

--

Usah hiraukan kata - kata negatif. Mulut orang sentiasa berkata - kata. Yang penting niat kena betul. Dan seterusnya tawakkal.