Sunday 12 October 2014

Cempedak Goreng Rangup dan Sedap!

Hai and Assalamualaikum uols.

Saya nak share resepi cempedak goreng yang rangup habissss kott hahah kemain lagii. Memang rangup pun bagi saya. Memang sekarang ni musim cempedak kan. Dekat kelantan ni mana mana tempat pun ada jual cempedak.

Kalau nak beli cempedak kena hati hati jugak ye. Kena check kot kot ada yang dah rosak dan buruk *dah kena hari tu :(*

Selalunya orang jual longgok2 dekat tepi jalan. Kalau macam tu selalunya ada satu je yang elok dan 2 lagi buruk. So check dulu ye buah cempedak tuu. 


Cantik kannn buah cempedak ni. Kaler pun naikkkk je. Nyumss kau tunggu jadi cempedak goreng nanti aku makan habis habisan. Gittewww hahaha.

Untuk pengetahuan semua, saya kalau boleh memang nak elakkan beli cempedak goreng. Sebab tak pasti kebersihannya terjaga atau tak. Buah cempedak kan berlendir sikit, so kalau duk pikir2 pasal kebersihan ni memang tak makan dibuatnya.

Jadi best solution, beli buah cempedak dan buat sendiri. Senang je sebenarnya dan of course kebersihan memang gerenti dah bersih kan kan kannn heheh.

 Meh tengok caranya.


1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk black papper
1 sudu butter - untuk menjadikan cempedak goreng lebih crispy yowww
Secubit garam

-- Campurkan semua bahan2 di atas bersama air.

Campurkan air tersebut sedikit demi sedikit. Make sure ianya tak pekat dan tak cair. Just ngum ngumm alahh macam buat cekodok je punnn hahah


Gaul gaul rata sampai dah sebati macam ni.


Guna api sederhana besar dan pastikan dah panas tauuuuuu. Tak panas jangan buh lagi sebab nanti ianya akan menyerap minyak. Kang tetiba makan buah ke minum minyak nii hahaha


Dah kekuningan sila lah angkatt. Saya punya terhangit sikitt sebab duk menggoreng sambil tengok fb di tepon sampai lupaaaa. Hahaha nasib hangit sikit je pun, kalau tak nangisss.

 

Tengokkkkk sebegitunya close up lagii hahah

Memang sedap dan sangat rangup ye! Krup krap lagi bunyiii. Kalau buah cempedak manis lagi berlemak je rasa. Woahh tengok ni pun dah teringin nak makan.

Oh ya, kalau buah cempedak sedap memang cempedak goreng ni akan jadi sedap. Kalau sebaliknya, memang tak sedap la jadinya. So first thing sekali kalau nak buat cempedak goreng, pastikan buah cempedak manis tauuu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi memberikan komen, pandangan dan ulasan anda. Saya hargai :)