Saturday 30 August 2014

Review CC CREAM SUN PLANTS SHUIYANG

Hi and Assalamualaikum uols

Hari ni saya nak buat review satu produk best. 


Packaging dari depan.

 

Packaging dari tepi. Boleh baca penerangannya. Kalau nak jelas boleh click di gambar di atas.



Packaging dari belakang. Memangdangkan cc cream ni asalnya dari korea, maka memang la ada penerangan dari bahasa korea. Siapa yang reti baca boleh paham ye. Kalau yang tak reti baca ni buat buat paham jelahh. hahah

Saya suka beli barangan dari Korea atau Made In Korea. Sebab semua orang tahu pembuatan produk kecantikan yang berasal dari sana, memamg agak strict dari semasa pembuatan, penilaian, pemprosesan dan sebagainya.

So sebab tu kita jarang dengar apa apa masalah mengenai produk kecantikan berasal dari sana kan berbanding dari Made In China yang 'semua orang tahu sendiri lah ye' hahaha.

Lagipun, almost pembuatan Made In Korea ni adalah organik atau natural ingredients. Jadi jangan risau mengenai apa apa bahan kimia yang diragui. Ianya dari sumber tumbuh tumbuhan sahaja!




Yang bestnya cc cream ni, dia balut macam ni. Best! Sebab nampak lagi kemas, lagi exclusive. Patutnya setiap packaging kena letak macm ni.

 Apabila telah bukak kotaknya.


Tube nya adalah sangat kemas dan jenis yang mudah keluar tapi tak la mudah meleleh. Just simple.


Titik sikit di atas tapak tangan for swatches. CC cream ni fungsinya seperti sunblock + foundation.




no edit no anything. just adding text.
Saya mencuba di tapak tangan. Boleh nampak perbezaanya kan. Sebelah kanan more flawless than the other side. Dan lebih putih sebab ianya jugak berfungsi sebagai whitening cream jugak.

Kata dari pengilang :

Ingredient:


Arbutin,adenosine,chamomile extract,titanium dioxide,collagen,cell regeneration factor,Sunflower seed oil,olive oil .

Main function:

Moisturiz ,whiten, nourish and protect the skin.

Break the water droplets and particles of plant extracts to the skin,in the skin while providing nutrition,naturally cover the skin detect. Vitamin E,hyaluronic acid and other high isolation sun burning on the skin ,resist radiation to the skin.To prevent tanning,sun and old.Add especially intelligent whitening factor and collagen,noted in ultraviolet radiation strengh,up the release of whitening effect.And ensuring the skin from sun damage,pigmentation,collagen protein supplement ,stimulate new skin ,prevent wrinkles formation,the skin is still white as snow in the hot sun.

Suitable skin types:

For all skin types

How to use:

Before going out, apply evenly on the face,neck and other exposed skin.

Caution:

1.If any discomfort,please stop using
2.To avoid entering into the eyes
3.Please keep in a cool dry place
  

Result may be vary from others.  So far yang selama saya guna saya amat berpuas hati dengan produk ni. Saya pakai dari pagi sampai ke petang, mekap still bertahan dengan jayanya :D 

Cara saya pakai adalah 

  1. Mula2 apply dulu moisturizer (penting!) setiap kali keluar saya mesti pakai moisturizer.
  2. Lepas tu baru saya apply cc cream ni (berfungsi sebagai sunblock + foundation) Best pakai cc cream ni sebab tak 'berat' pun di muka kitaa heeeee
  3. Then baru saya sapu sedikit bedak. Calit sikit2 je supaya nampak tak pucat
  4. Dan seterusnya baru saya apply mekap yang lain etc eyeshadow, maskara, lipstick dan lain lain lagii

Gambar no lighting. Amboiii! Mooolatt nya muka ku =P

 







ps: SEMUA GAMBAR ADALAH NO EDIT.



Memang nampak flawless ok. Muka yang berkerutu habisss semua ditutupnyaaa! Dulu muka saya agak berjewarat (you guys boleh nampak bekas bekas parut di muka itteww) so overall sekarang ni lepas saya guna cc cream ni memang agak ok sikit. Jerawat pun dah kurang naik. Dah dekat 5 bulan saya guna and sekarang baru saya berani nak jual sebab saya pakai pun agak ok.

Saya ada jual produk ni. Kalau berminat boleh watsap saya 0179545238. Nak approach tu berbudi bahasa la sikit yeee :D :D Saya jual RM30 include postage yee. Nak follow instagram saya pon boleh, cari je sarah_mohamad88. Di situ lebih banyak pics yang akan saya upload. 


Thanks XOXO

Thursday 28 August 2014

Makan di THE MANHATTAN FISH MARKET, KBMALL

Hai dan Assalamualaikum uols. Harap harap semua sihat la hendaknya ye :D


Takde apa yang menarik sebenarnya nak di share kan hehe tapi sekarang ni perasaan nak menulis je datang berkobar kobar. So update la sedikit sebanyak dekat blog ni. Biasa la memula buat blog walaupun dah lama bergiat aktif memang macam ni =P 

Mula2 memang berkobar kobar pastu tiba la masanya kadang kadang rasa nak update tapi malas, kadang kadang rasa nak update tapi takde idea then kadang kadang rasa nak update tapi masa pulak takde, dan kadang kadang rasa malas nak update teruss wahahaa. 

So sekarang ni macam free je kita update la sikit sebanyak. 

Jumaat yang lepas saya attend satu kenduri bersama dengan mak dan adik saya piya. Temankan mak saya je sebenarnya.

 OOTD

 

Apa2 hal sebelum keluar macam biasa berselfie dulu heheh dah jadi perkara wajib kot bagi semua perempuan (walau tak semua, tapi orang yang suka media sosial memang akan berselfie sedikit sebanyak =P)

Pakai baju yang saya buat untuk konvo saya tahun lepas. Just mix and match. Kain beli di pasar malam sahajoooo. Tapi cutting skirt ni nice gila sebab boleh buat saya yang gemok nampak kurusss hahaha.

Baju pulak saya beli kain di nagoya area jalan tar je. Kain semeter baru RM7, murah gila kan!, kain dia pulak kalau pakai tak panas je so rasa agak berbaloii baloiiiiiii! Saya beli 2 meter so jadi la RM14 sahajooo. Lepas tu upah makcik dekat area saya menyewa dulu. Cakap nak buat kurung moden cuma nak singkat sampai paha dan nak buat labuh lengan suku macam tu. Asal nak buat lengan suku tu sebab tengok Cik Ta almost baju baju lelawa dia tu buat lengan suku macam tuu heheh nampakkkk cantikk je. 

Sebenarnya dekat Cik Ta je nampak cantik, ni saya pakai nampak macam pelikkss je. Hiksss

Opss terpanjang pulak pasal baju ni hahaha takpe lahh saya suka baju niii buat nampak kurusss je (walhal masa ni badan tengah membina binaaa lemak lemak yang tak dikehendaki!)



Konon konon je niii hahah Alahh nampak perut bunchittttt

 


 OOTD piya



Then lepas kenduri, singgah kbmall kejap. Asalnya nak beli barang sikit. Ternampak la Manhattan Fish Market ni, baru je buka tak sampai sebulan lagi ni di kbmall. Sebenarnya banyak kali dah niat nak g makan cuma tak berkesempatan je lagi huhuhu so ni mcam free and ada masa bonding time with family terus ajak  lunch situu. 

Dekat kenduri tadii makan sikit jee tak cukup hahah boleh macam tu?!



Piya makan fish and chip. Guna ikan dory. Bagi saya sedap je sebab memang saya suka makan ikan dory hehe. Bagi adik saya dia tak berapa gemar sebab dia tak suka. Bergantung kepada citarasa masing masing ok.



Perkara wajib sekarang. First kalau makanan mesti tangkap dulu kannnnn haha dah jadi macam wajib pulakkk.


 

Fish and chip closer look. Sedap jeeee. RM17.90.

 

Seafood platter. RM22. Ada sotong, salad, kerang, ketam, seaweed. Sedappp cumaa crab tu sejuk gila macam baru keluar fridge je. Memang sejukk. Pelik la jugak sebab yang lain panas je cuma crab je sejuk. So macam mushkil sikit tanya waiter situ. Dia cakap dia pun tak pasti and dia nak tanya manager dia. Then lepas dia tanya dia cakap memang style dia macam tu. Hurmmmm kalau pikir logik rasa macam tak patut je, takkan yang lain semua panas crab je sejukkk?! Lagipun sapa yang suka makanan sejuk kan??

Then kami macam malas nak bertekak ke apa, so let it be. Makan jelah walau sejuk pun khennnnn!



Amboiii dua sekali sedutt. hahah Air lemon tea dan peach tea. First time try peach tea woahhaaa sedap ok. Lain kali boleh order lagii heheh

 

Mak saya order espresso. Masa dia hantar dekat mejaa tu terkejut kami. Seciputttttt je, sekali sedut pun dah habis. Bukan sekali teguk ok, sekali sedut jeeeeee!

Kecik gilossss. Tengok gamabr dibandingkan dengan tepon nokia tuu.Bayangkan jelahh hahah macam tak cukup je macam pahittt jee hahaha





Ada soup of the day. Sedapp lain rasa dari yang lain. Macam ada rasa mayo pun iye jugakk 

 

Selfie lagiiii. Masa ni penuh jugak laa. Nasib baik masa kami masuk ada 2 meja kosong. Fuhh

 

Blurr sikittt :D OMG mak ku melayan aje karenah anak nya nih hahaha
 

Kami bertigaa 

Then lepas kenyangggg, balik rumah lerrr

Till then, XOXO

Monday 25 August 2014

Makan-makan di GOLOK THAILAND

Hi and Assalamualaikum uols.

Hari Jumaat yang lepas saya sempat pergi ke Golok Thailand. Sebenarnya dah beberapa kali dah pergi sana dan ni kali be berapa pun saya dah lupaaaa hehehe

Nak pergi ke sana ada 2 cara. Cara pertama nak masuk guna kereta dan cara kedua adalah masuk dengan cara menyeberang sungai golok. Sungai tu kecik je dengan tambang RM1. Tak sempat nak duduk dah sampaiii =P

Ok untuk cara yang pertama iaitu nak masuk guna kereta ni leceh sikit, tak banyakkk sikitt je heheh

Kalau nak masuk guna kereta, kena buat border pass, kalau guna passport pun boleh. Kena bawak geran kereta untuk insurans dan kena bayar lebih kurang RM10 kalau tak silap saya. Tu je. Siapa siapa yang ada pengalaman masuk ke sana guna kereta boleh share disini.

Saya tak pernah lagi masuk guna kereta. Selalunya saya park kereta di pekan rantau panjang dan naik perahu untuk menyeberang. Kereta jangan risau, selamat je. Tak pernah lagi bunyi2 kereta hilang setakat ni dari pengetahuan saya.

Masa saya pergi sana dah petang pun, memang nak pergi petang sampai lewat malam. Lepas saya menyeberang tu selalunya ada kawan yang menunggu dah. Senang sikit kalau ada kawan yang ada sedara belah sana sebab jalan di pekan golok ni agak memeningkan dan berliku lara sikit.


OTW ke sana. Sebelum tu #letmetakeaselfie
 


Sebelum menyeberang, sempat jugak makan ice cream baba. Sedap hoiiii. Harga RM3. Dalam tu ada kekacang, ada roti, ada pulut. Sekarang di bandar KB dah ramai yang jual ice cream baba ni tapi yang aslinya dan asalnya adalah seperti di atas. Yang ni ice creamnya rasa sedap semacam dan berlemakkk je. Kalau beli di tempat lain tak berapa sedap sangat.

 

Yang ni pulakkentang hancur. Sedappp beli di gerai tepi jalan je. Mula2 ingatkan tak sedap, dah tryy woahhhh sedap gila. Kentang ni kalau masuk dalam mulut terus cairr, tapi dekat luar sangat crispy. Boleh letak perasa seperti cheese, bbq, blackpapper, sweet and sour, dan banyak lagi. Saya pilih papika. Rasa manis-manis pedas sikit. 


 
 
 

Lepas tu makan ice cream. Punnnnnnnnnnnnn sedappppp. Semua amik ice cream yogurt. Ni ice cream gulung ok. Caranya dia seperti video di bawah ni.


Kena tengok dulu video ni baru tahuu kesedapan ice cream ni. Dekat KB Mall pun ada dah ice cream ni tapi sedap lagi yang asal dari Golok ni.

Ada perasa coklat, strawberry, yogurt dan pelbagai lagi. Semua pilih yogurt. Sedapppp. Rasanya macam ice cream snogurt tapi versi gulung. Masam masam jeeee.

Ada 3 step. 1) Pilih perasa ice cream. 2) Pilih 2 jenis topping. Saya pilih marshmellow dan M&M. 3) Pilih samada nak letak whipping cream atau tak. Kalau letak lagi sedap tauuu.

Dekat kedai ni jugak ada jual air (pelbagai jenis air) tapi yang specialnya adalah AIR + AIS TIDAK AKAN CAIR SELAMA BEBERAPA JAM.

Macam tak logik kan?! Tapi memang betol pun. Air tersebut dibungkus dan diletakkan dalam paper bag. Paper bag tu dimasukkan dalam plastic bag pulak. Sebab tu kot ais tidak mencair.




Di antara menu - menu air nya. Saya beli 3 jenis 1) Tea with milk - rasanya macam teh ais versi pekat.   2) Green tea with milk - yang ni sedap hokayyy. First time minum green tea ni. Macam ada rasa pudina pun ada sebab ada rasa mint dalam air ni. 3)  Caramel with milk - tak try sebab kawan punyaaa hehehe

Lepas tu makan di tempat lain pulak. Lupa tempat tu nama apa. Masa ni dah malam and semua dah letih jalan - jalan area pekan golok ni. Pekan golok ni memang memeningkan kawasannya. Semua tempat dan jalan semuanya bercabang 4. Memang pening. Kalau orang tak tahu boleh sesat dibuatnya.


Lauk pauk malam tu adalah 1) Sotong celup tepung 2) Tomyam sedap gilaaaaaa 3) Ayam masak lemon. Dia bukan guna ayam biasa, ayam apa tah namanya tapi memang lain dari yang lain dan sedap lain macam. Tak habis2 saya ni dengan sedap hahahah. Dah memang yang saya makan tu bagi saya semuaaaaaa sedap. 4) Ayam pakappau (betul ke tak entah saya eja ni tapi sebutannya memang macam tu). Ayam ni ayam cincang tapi dimasak dengan caranya tersendiri. Pun sedappp. 5) Telur dadar pun sedap ok hahah rasanya sangat crispy sangatttt.

Air pulak air carrot ni dia blend hancur2 dan buat seperti ice blended gituu. Air laici satu dan air kelapa satu. Semua sekali makan ni RM65 SAHAJA! Murahhhhhh sangatttt makan disni.

 
Yang ni cuba tekaaaaa? Hahaha

Yang ni adalah air soya + telur payuh separa masak. Woahhh. Rasanya sedap jugak cuma tak tertelan rasanya telur puyuh tuu hahaha. Kalau amalkan memang elok. Suam - suam rasanya.

Overall memang best ke sini. Tak pernah tak puas hati kalau ke golok ni. And banyakkk lagi tempat menarik yang belum saya lawati. InshaAllah, ada kesempatan ada peluang saya akan ke sini lagi and ofcourse untuk mencuba makanan yang pelik2 lagii hahhaa

Apa yang saya tengok, thailand ni memang pelbagai jenis makanan yang kreatif dan menarik mereka cipta (semestinya sedap!)

Till then,
XOXO

Saturday 23 August 2014

Review BIOGLO CERAMIDE SCALP CARE SHAMPOO

Hi and assalamualaikum uols.

Saya baru try shampoo ni. Bestttt sangat shampoo ni. Saya ni memang jenis suka bertukar tukar produk sebab cepat  boring kalau guna yang sama je. Hihihi

Beli shampoo ni di outlet cosway area kota bharu. So far selama penggunaan shampoo ni memang best. Yang paling best adalah bau wangi. Lepas bershampoo tahap kewangian  tahan hingga ke 2 dan 3 hari!! Diri sendiri pun boleh bau rambut wangiiii!

Rambut pun terasa lembut semacam je walhal dah shampoo dekat 3 hari. Katanya shampoo ni untuk 'scalp care' sebab tu fungsi nya lebih kepada penjagaan kulit kepala.

Guna sikit je dalam sebesar 5cm je di atas tapak tangan, ikut penggunaan jugak ye kalau jenis rambut panjang lebihkan sikit ler nanti kang tak cukup pulak heeheehee. Saya just guna sikit je sebab berambut pendek. Tu pun dah berbuih banyakkk.
 
Jenis rambut saya pulak adalah jenis berminyak dan sangat kuat kelemumur. Kalau jenis berambut kelemumur ni memang agak menyampah ok sebab selalu gatal gatal kepala. Sebab tu saya shampoo je hari hari supaya rambut tak cepat gatal. Kalau 2 kali mandi maksudnya 2 kali la saya shampoo. 

Lepas guna shampoo ni memang saya perasan rambut saya dah tak berminyak dan kelemumur pun terus takde! Amazing betul hihihi rasanya nak stick terus dengan shampoo ni je =P



Saya bagi 5 bintang untuk produk ni. Harga pulak dalam RM16 kot masa saya beli. Kadang2 ada je promotion di cosway dan harga akan jadi lebih rendah. 

Thursday 21 August 2014

Baru

Hai dan Assalamualaikum.

Err tak tahu nak mulakan macam mana .. sebenarnya saya memang minat menulis .. menulis pun apa apa benda merapu jekkk. Tak ada benda yang spesifik pun yang saya nak tulis, cuma saya suka share / baca semua benda yang menarik minat saya.

Ok firstly saya perkenalkan diri saya sebagai Sarah Mohamad sajooo. Dah lama jugak saya berblog ni, sebenarnya dari tahun 2008 lagiii. Lama tak lama jugak la kan hihihi. Cuma masa tu banyak komitmen yang lebih penting seperti study and etc. So saya tak la sepenuhnya into blogging ni. On and off je gituu orang cakap.

Pernah jugak buat blog untuk serius tapi setengah jalan jee hihihi sempat jugak buat blog .com tuu. Cuma ada beberapa masalah and saya stop. Blog lama tu saya nak matikan sebab ada banyak benda yang menjadi kenangan pahit kepada saya. Hurmm let it die with all the unwanted memory and feelings.

So disni pada hari ni saya start buat blog baru untuk kehidupan saya yang lebih matang dan segar dan yang pentingnya saya nak terapkan dalam jiwa saya supaya sentiasa positive so maybe dalam blog ni saya takkan share benda benda yang negatif yang berlaku di sekeliling saya dan kehidupan saya yang akan datang. Tengok tajuk blog ni pun dah tahu kan. hihihi.  InshaAllah.

Sedikit mengenai latar belakang saya ok. Saya memang asal dan dilahirkan di kelantan. Proud to be kelantanese! Sulung dari 4 beradik. Love my family to the moon and back! 

Sekarang walaupun berumur 26 tahun tapi masih belum kerja hehehe bukan malas ye pernah kerja cuma sekarang masih mencari kerja yang lebih stabil dan lebih kukuh. Belum berkhawin tetapi sudah bertunang. Ok enough with the blog writer.

Saya suka makan - makan, traveling, beauty products, good places and above all i hope to be a better person and muslimah.


Till we meet again (sooooon!)