Tuesday 30 September 2014

Tips untuk FRIES SEDAP!

Hai and Assalamualaikum!

Anddddd ... sapa sini suka makan fries? heh! 

Samaaaaaaaa!

Saya suka gila makan fries. Actually dari dulu lagi memang suka makan fries ni. :D :D

So sini saya nak bagitahu tips untuk menjadikan fries yang kita masak sesedap macam makan di mekdi uolssss. Mesti pelik kan makan di mekdi friesnya sedap gilos, tapi buat dekat rumah tak jadi ponnn!

Kalau nak tahu, fries mekdi tak berapa elok ehh .... memang tak elok pun sebab ada apa tah gsc ke gcs ke benda yang tak elok tuu. *tetiba hilang ingatan*

Pernah tengok video di utube tak tentang fries mekdi ni? Kalau belum sila lah tengok ye. Once korang dah tengok, mesti sampai bila bila *atau sampai mati* takkan makan dah fries mekdi ni.

Sebab ada orang buat eksperimen, letak/simpan fries mekdi ni sehingga setahun. Dan *sila terkejut!* fries tersebut masih dalam keadaan yang elok dan ok!

Hoiii .. saya apalagi, lepas tengok video tu terus dalam hati memang takkan menjejakkan kaki ke dalam m besar ittewwww lagi.

Entah apa benda entah diorang masukkan dalam fries tu! Still tertnya tanya lagi sampai setahun masih ok. Hurmm lagipun fast food ni tak elok punnn. Lebih baik elakkan. 

Soooooo .. for that, saya nak bagi tips macam mana nak rasai kehebatan fries mekdi ni secara homemade. Hahah tak homemade sangat pun sebab kena beli jugak fries. Tapi bolehhhh laaaa ... buat sendiri at least lagi puas hati and dapat makan bebanyakkkk!



 

Selalunya saya guna brand saud gold aje. Banyak lagi brand lain, cuma saya rasa brand ni lagi sedap. 

Tips nya adalah ; masa menggoreng (guna api sederhana) make sure kena selalu kacau - kacau.

Sampai dah golden baru toskan dan angkat.

Lepas tu sila gaul gaulkan dengan black papper sampai sebati.

Dan boleh terus dihidang serta dihadap haha.

I tell uuuuuuuu okehh, lagi sedap kott dari mekdi!

Kalau buat fries ni sambil bergossipan, sekejapan pun dah habis! Sambil dengar, tangan pun sibuk memenuhkan dalam mulut lol! Tengok2 dah habis.

Till then, XOXO



 

Wednesday 24 September 2014

Resepi SPAGETTI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH DAN SENANG!

Hi and Assalamualaikum uols.

Hari tu pernah makan spagetti aglio ni dekat rumah terbuka member. Masa tu cakap dalam hati, 'eh eh sedapnya spagetti kering macam ni *tak biasa makan spagetti kering sebenarnya hehehe*' tanya la member ni spagetti ni nama apa. 

So dia pun bagitahu ni la spagetti aglio olio. Ambik kauuu nama pun berbelit nak sebut haha tapi isi dalam spagetti tu simple je bahan bahannya iaitu sotong dengan udang je. Rasa pulak kemain sedapp heheh so dalam hati terfikir, 'one fine day, one fine day i will make this kind of spagetti' chewahhh berdrama kejap hahaha

2 hari lepas taaaddaaaaa tetiba terfikir nak buat spagetti ni. Sebelum tu macam biasa saya cari resepi dari gugel and kalau mood kreatif datang saya ubah sikit2 resepi tuu. #kreatiftibatiba

Tanpa berlengahhh meh kita tengok macam mana nak buat katanya senang dan mudah khennnn =P

Semestinya bahan utama adalah spagetti. Kalau takde spagetti tak jadi tauuuu tauuu tauuuu. 



Ok first sekali spagetti ni kena rebus sampai empuk dulu ye. Masukkan spagetti seperti dalam gambar dia atas. Masukkan 2 sudu besar minyak masak (supaya ianya tak melekat) dan sedikit garam.

Macam mana nak tahu spagetti dah masak ke belum?

Caranya, apabilanya ianya dah lembik, amik salah satu spagetti tu dah cuba potong dengan jari. Kalau rasa dah empuk boleh di angkat dan tos. Kalau belum, rebus lagi sampai dah ok. Lebih kurang 10 - 15 minit kot masa nak merebus spagetti bergantung kepada masing2.

Dah siap spagetti, ketepikan dulu.


Lepas tu rebus udang sekejap. Agak - agak dah masak tutup api terus. Air rebusan udang jangan di buang!


Air rebusan tu diletakkan dalam satu bekas. Kita akan guna air rebusan udang ni. Kalau tak guna air rebusan udang and nak letak air biasa pun takpe, tapi kalau guna air rebusan udang ni rasanya lagi sedap!


Buang kepala udang. Cara saya just gunting sikit aje, sebab saya suka hisap air dari kepala udang tuuu tak senonoh kann haha cara masing2 ok. Kalau tak suka boleh je buang kepala udang. Dan potong sotong.

Dah namanya seafood mesti lah ada udang dan sotong hehehe. Letak sotong dan udang dalam satu bekas dan ketepikan dulu.


Beberapa ulas bawang putih. Mayang halus. 2 hingga 3 tangkai cili kering. Gunting/potong memanjang. Saya letak cili kering supaya naik bau pedas tapi taknak rasa pedas hahaha kalau suka pedas boleh letak beberapa biji cili ye bersama dengan cili kering ni.


Tumis bawang putih bersama dengan cili kering.


Dah naik bau, masukkan air rebusan udang tersebut. Air ni masukkan sikit sikit je ye, if nanti dah masukkan spagetti and rasa nak berair sikit nanti boleh tambah.


Seterusnya, masukkan udang dan sotong terlebih dahulu. Tunggu sekejap then masukkan spagetti pulak.

Gaul gaul rata.


Perasakan dengan oregano ground, black papper dan parsley flakes serta garam secukupnya.

Parsley tu kena letak lebih ye, nisbahnya seperti 3-2-1. 3 (parsley), 2 (black papper), 1 (oregano) paham???? hahahah

Kacau gaul rata lagii. Rasa dulu cukup ke tak tawar ke masin ke apa ke. Then boleh la diangkat.


Dah siapppppp! Mudah je kann! 

Presentation buat gitu gituu je. Atas udang tu saya tambah lagi black papper dan parsley flakes. Dan boleh lah di bagi kepada orang yang tersayangg chewahh hahah

Nampak je kering macam tu, sebenarnya sedap giloss. Kalau makan dekat luar mahal bebeno kauu, macam tak berbaloii je hehehe.



Till then, XOXO



Sunday 21 September 2014

Resepi SHEPHERD PIE senang dan sedap!

Assalamualaikum and Hi untuk semua :D

Kali ni saya  nak share resepi shepherd pie versi saya yang simple dan mudah je. Sebenarnya saya ni dalam seminggu sekali jugak la buat shepherd pie ni memandangkan semua isi rumah ni suka makan. Jadi kalau ramai ada dekat rumah, memang saya agak rajin nak buat resepi ni. :)

Saya akan buat cara saya step by step ye, supaya mudah awak awak semua nak paham. 


Sediakan lebih kurang 4 -5 ubi kentang bersaiz sederhana. Kupas dan potong dadu dan rebus sampai lembut dan empuk. Pastikan betul betul empuk ye, supaya senang nak hancurkan.

Saya campur ubi kentang tu yang nampak ada kaler kuning terang dan kuning muda. Hehehe nak habiskan kentang yang ada dulu. Jangan membazirrr, habiskan yang ada dulu kekeke

Sekarang kita kena sediakan kentang lecek dahulu.


Lepas dah empuk dan lembut, tapis dan masukkan dalam bekas/bowl. 

Masukkan susu cair atau susu full cream. Saya hanya masukkan susu cair. Masukkan lada hitam. Dan sesudu besar butter. Dan perasakan dengan sedikit garam.

Susu cair/susu full cream tu masukkan sikit sikit ye. Sambil melecek/menghancurkan ubi kentang tu sambil tu masukkan susu. Kalau rasa liat lagi, masukkan lagi susu sehingga rasa hancur. Sampai jadi seperti ni.


Dah jadi macam ni ok boleh stop. Saya hancurkan guna senduk je, tapi kalau rasa tak larat boleh guna mixer. Saya takpe sebab dah biasa hancurkan kentang ni heheh

Dah siap untuk kentang lecek. Ketepikan dulu. Sekarang kita nak buat daging hancur pulak sebagai isi dalam tu.



Guna 400g daging cincang/minced meat. Selalu saya guna brand Ramly je. Brand lain pun ada, rasanya brand Ramly lagi sedap kottt.

Buang bungkusan dan basuh terlebih dahulu sehingga air yang keluar air berwarna putih. Kalau ada merah2 lagi *air dari daging* basuh lagi sehingga bersih.


Guna setin cendawan butang. Apa2 brand pun tidak kisah. Basuh dan potong ikut suka.


Bawang putih - 5 ulas
Bawang holland - 2 biji (sederhana besar)

Bawang merah atau bawang holland *bawang yg warna kuning* lagi sedap bawang holland tau, selalunya memang saya guna bawang holland je, tapi disebabkan masa nak buat ni dah habis, so saya guna bawang merah yang besar tu.

Potong dadu semua. 


Masukkan sesudu besar butter atau minyak biasa. Saya guna butter nanti bauuu lagi sedapp heheh then masukkan bawang semua dan tumis sehingga naik bau wangiiiii.


Dah wangi, masukkan daging cincang. Masak seketika sehingga daging bertukar warna.


Lepas daging dah bertukar warna *maksudnya, daging dah masak* masukkan tomato puree. Apa2 brand pun ada, beli yang saiz kecik sikit pun dah ok. Kalau guna 220g ni masam sikit heee 


Lepas dah masukkan tamato puree, masukkan pula serbuk lada hitam secukup rasa, perasakan dengan garam, 2 sudu besar sos cili, sedikit ajinomoto *kalau tak suka, abaikan*. Kacau kacau rata.


Masukkan pula cendawan butang. Masak lebih kurang 2 minit dan tutup api.

Sekarang kita dah siap semua! 

Cari bekas yang bersesuaian. Pastikan yang tahan panas dan boleh masuk oven sebab nanti kita nak bakar iniiiii!


Memula lapiskan dengan kentang lecek/kentang hancur yang telah dibuat tadi.


Kemudian, masukkan pula daging cincang yang telah dimasak. Ulang lagi sehingga habis. Pastikan last adalah kentang ye.


Seperti di gambar atas ni. Nampak sedap kan hahaha!


Lepas tu lastttttt sekali adalah masukkan mozzarella cheseeee on top of it. Saya guna mozzarella brand perfect italiano yang telah di grated seperti dia atas ye.

Lagi banyak cheese lagi sedap tauuu! It will melt dan sampai tertarikkkk ok cheesenya ituu, macam dalam iklan pizzaa kan ada yang cheese yang ditarik panjangggg. Kalau guna cheese mozzarella memang akan tertarik, tapi kalau guna cheese cheddar atau parmesan dia hanya akan melted sahaja. Gitttewww.

Dan bakar pada suhu 140 C. Bakar ni bergantung kepada oven memasing. So make sure kena check2 jugak la. Kalau cheese dah cair dan sedikit perang, boleh la ditutup dan diangkat.

Memperkenalkan .... jeng jeng jeng *drum roll sound effect* ............
  
.
.
.
.
.
.
.
.



Setelah dibakar! Wohaaaaaa, nampak sedap kannn. Kaler menarik tertarik da boom betul! Hahaha

Lagi gambar.



Close up sikittttt =P


Close up lagiiii hahaha



Ok dah la jom makan bismillahhh ... jemput tengok je semua ok hahaha



Till then, XOXO







Friday 19 September 2014

Pengalaman buat LASER TREATMENT

Entry ini sangat panjang. Saya cerita dari memula sampai habis so memang panjang la sikit. Semoga bertabah membaca :D :D

Hai dan Assalamualaikum uols.

Dah beberapa hari tak menaip, otak pun dah tepuu agaknya ni. Memang banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya sejak beberapa hari ni, cuma masaa dan kemalasan yang melanda mengelakkan saya dari menulis :D

Macam mana saya boleh menjalani laser treatment?

Sebenarnya semuanya bermula dari saya teringin nak buat suntikan/injection placenta, gluta, vitamin c, dan sebagainya. Terpengaruh dari teman saya yang dulunya muka agak teruk, masa tu pada tahun 2012 kalau tidak silap saya. Masa tu tak ramai yang tahu injection ni. Masa tu teman saya dah mula amik suntikjan/injection ni. Memula tu saya macam takut jugak la, yelahh, suntikan/injection ni bukan semua orang nak buat. Entah apa2 lah serum yang dibagi kan. Lagipun suntikan/injection ni masih baru lagi dan tak ramai yang berani buat. Maybe hanya artis artis sahaja kot yang buat.

Lepas beberapa bulan yang lepas, saya terjumpa balik dan tengok kulitnya dah glowing dan flawlesssss nya lahaii geram tengok muka teman saya ni. Walaupun mukanya agak teruk dulu, sekarang nampak cantik. Bentuk muka seperti dulu juga heheh cuma kulitnya nampak sihat dan sangat flawless.

Saya pun bertanya sedikit sebanyak. Dan rupanya dia hanya mengamalkan suntikan/injection gluta sahaja. Menarik!

Dari situu saya buat survey dan surveyy bertanya beberapa kawan yang pernah jugak buat suntikan/injection ni. Ramai yang bagi feedback positive. Salah satu sifat saya, ialah, saya memang akan buat survey sehabis lumat sebelum saya akan mengambil tindakan seterusnya. Hehehe So seperti juga dengan suntikan/injection ni saya dah mengkaji terlebih dahulu. 

Dari pengamatan saya, jika buat suntikan/injetion ni kesan dia lebih cepat berbanding krim dan telan ubat. Sebab ianya di suntik terus ke dalam salur darah. Dan bukan disuntik di muka ye, ianya akan disuntik di lengan. 

Kalau krim maybe memakan masa berbulan bulan, berbeza dengan suntikan kesanya lebih cepat. Tapi pastikan amik dos yang ditetapkan oleh dr dan mengikut arahan dr.

Contoh, jika muka saya teruk gila gila, saya dinasihatkan supaya amik suntikan gluta + placenta hanya sebulan sekali atau seminggu sekali secara konsisten. 

Dan suntikan wajib dibuat oleh doktor sahaja. Dr sahaja yang layak membuat suntikan kepada anda.

Eh terpanjang pula pengenalan laser treatment ni hehehe =P

Ok memandangkan suntikan/injection ni HANYA ada di kuala lumpur so agak susah la memandangkan saya berada di kelantan. Takkan nak pergi ke KL hanya semata mata nak buat suntikan kan?

So saya survey di kelantan. Rupanya memang ada beberapa tempat di kelantan yang buat perkhidmatan suntikan/injection ni. Yang saya tahu di Kok Lanas *tempat spesific saya tak pasti, teman saya cakap memang ada di sini and im not sure*, lepas tu di Klinik Dr K di Kota Bharu dan lastly di Klinik Primer Kota Bharu handled by Dr Hanan.

Klinik sebegini dinamakan Klinik Aesthetic.



So saya pilih Klinik Primer memandangkan lagi dekat dengan saya dan tengok feedback di ignya dan facebook page yang agak meriah dengan testimonials. 

 


*kredit gambar dari google*

Pada hari kejadian saya pun pergi la usha dan bertanya dulu sedikit sebanyak. Dr terangkan kepada saya kesan dan kelebihanya. Dia pun check muka dan TERNAMPAK la birthmark/tanda lahir saya  yang memang agak ketara di dagu saya ini.

So dia pun suggest kepada saya better buang birthmark saya tersebut memandangkan birthmark itu akan membesar mengikut keadaan kulit. Memang pun, dulu waktu saya lahir birthmark tu hanya nipis je dan tak nampak. As i am grow older, so birthmark tu pun membesar jugak.

Dan keputusanya, saya tak jadi nak amik suntikan/injection dan saya nak buang birthmark saya tersebut. Hehehe esok terus set appointment dengan dr.

Persediaan laser treatment
 

Esoknya, seperti yang telah dijanjikan jam 11 pagi saya dah sampai. Saya disuruh tunggu sekejap, dan pembantu doktor telah memberikan beberapa biji ubat kepada saya untuk saya telan sebelum laser treatment dijalankan.

katanya ubat bius dan ubat tahan sakit. Amboii terus iols rasa berdebar semacam heheh padahal memula tu macam yakin je sebab semalam dah tanya doktor dia cakap tak sakit pun.

Hari ni kena telan ubat bius pulakk dah. Terus keyakinan yang setinggi mengunung jatuh ke pantai laut terdalam sekali. Tapi sempat jugak post di instagram berdebor deborr hahah


*kalau tak clear, boleh click gambar ye*


Boleh nampak birthmark saya di dagu, agak besar sehingga ke bawah dagu sebenarnya ye.

Kata pembantu doktor sakitttttt sikittttt je. Hurm *dalam hati, yelah tuu* hehe nak amik hati pesakit kott supaya tak nerves heheh

Ok apabila nama dah dipanggil, doktor hanan nak suntik bius. Dia suruh baring, then saya baring. Sebelum tu sempat jugak tanya, 'sakit tak doktor' doktor cakap, 'sakit sikit je, masih boleh tahan' hurmm

Then dia bawak keluar jarum dia dan cucok. Rasanya, memang sakit sikit je, masigh boleh tahan. Tapi tengok keluar darah jugak la. Ada la dalam 5 cucok rasanya di sekeliling dagu tersebut.

Tunggu sekejap supaya ubat bius bertindak, akan rasa keras sikit di bahagian tuu.

*semasa proses berlangsung, boleh je tangkap gambar dan kalau nak amik video, doktor memang friendly, tak rasa seperti dalam bilik operation punnnn*

Malangnya, saya pada masa tu datang dengan mak sedara, dia taknak tolong amik video so takde la video dan gambar dengan doktor. Ruginya, kalau tak boleh tunjuk video dan gambar semasa proses berlangsung dalam blog ni.

Selepas tu, doktor bawk keluar mesin laser tuu. Mesin tu agak besar jugak, memang takut kalau tengok. Doktor suruh pejam mata, tak bagi bukak takut terkena mata kot. So saya pun pejam jelahh :D

Masa dah nak laser tuu, doktor baca bismillah *bagus doktor ni, masa dia baca bismillah tu saya dah rasa mesti akan ok je semasa proses berlangsung, rasa selamat* then terus laser.

Rasa masa laser?

TAK RASA SAKIT LANGSUNG. Maybe sebab dah bius kot heheh tapi dapat rasa la laser tu bergerak gerak di sekitar dagu. Dan BAU HANGIT MACAM HANGIT MENGGORENG. Hahaha yelah, laser kan mesti la berbau. Bau pun agak tajam sampai ke luar masih boleh bau. Jangan risau, takde keluar api ke apa hahah. Hanya bau sahaja. Rasa pun macam orang duk cubit cubit manja je di dagu. Tak sakit senang cakap.

Ada la doktor laser dalam lebih kurang setengah jam kot. Tak lama sekejap je, dan saya rasa doktor buat dengan sangat berhati hati. Slow dan steady je.

Masa tu saya senyap je tak cakap sepatah apa. Tengah menghayati perasaan dilaserr hahaha sekali seumur hidup je kottt kannn so senyap jelahh hahah

Lepas tu, dah siap laser doktor cakap kena jahitt. Memula dia cakap masa appointment tu just gam *tak pasti pulak gam macam mana* tetiba ni dia cakap kena jahit pulak sebab lubang dalam. Kalau gam tak boleh tutup sepenuhnya.

So hadap jelah kena jahit pulakkk.

Rasa masa jahit?

Sakittt sikit je, tu pun masa dia tarik tali jahit tu bagi kemas. Sampai tertarik tarik kepala iols tauuuu hehehe

Overall, memang sakit tapi sakit manja manja je sakit yang boleh ditahan lagi laa. Masa jahit tu ada pembantu doktor yang membantu, bukan  doktor buat sensorang.

Dah siap semua, dia plasterkan dan bagi instructions sikit sebanyak dan keluar. Doktor ada bagi beberapa ubat (ubat tahan sakit, almaklumlah apabila bius dah habis baru la rasa sakit huhuhu), ubat antibiotik dan krim untuk cepatkan proses pengeringan. Sebelum tu, doktor bagi tarikh untuk buang jahitan iaitu seminggu dari tarikh hari ni.

Lepas buat pembayaran, terus update dekat facebook. Mihmihmihhhhhhh

*kalau tak clear, boleh click gambar ye*


Selepas laser treatment.


Selepas laser treatment dah selesai, pergi makan sekejap then terus balik rumah. Takde pantang apa2 pun, buat seperti sediakala je. Boleh main game, keluar berjalan jalan semua pun boleh buat. Cuma saya sendiri just pantangkan tak makan telur *seperti sedia maklum, kalau makan telur lambatkan proses pemulihan* makanan lain tetap iols bedal yeee hahaha

Malamnya, saya buang plaster tu dan letakkan krim yang diberi oleh doktor. Rasa jugak ngap ngap dekat tempat yang di laser tu tapi biasa biasa je takde la sampai tak boleh tidur.


Ni gambar keesokkan harinya. Kena pakai shawl seperti di gambar supaya tak terkena krim tuu. Kekonon buat gambar black and white =P


Selepas seminggu buat laser treatment.


Selepas seminggu, actually bukan seminggu betol pun pergi dekat doktor untuk buang jahit, disebabkan saya terlupaaa hahah pergi lewat 3 hari sebenarnya. Hahaha

Tunggu giliran kejap, lepas dah dipanggil nama terus masuk bilik doktor.

Dah masuk doktor suruh baring dan sapu ubat sikit. Lepas tu buang macam biasa, tak sakit langsung.


Menjadi ke laser treatment tu?


Agak menjadi jugak la, dari sebesar dagu tu hanya ada garisan tebal sahaja. So far, ok je kalau letak bedak tebal tebal di area tu memang takkan nampak adanya parut di dagu.


Before and After laser treatment.

Before.


Kalau tengok dari gambar, memang agak ketara birthmark saya itteewwww. Kalau face to face lagi lah ketara yee. Ni maybe effect gambar, cara amik gambar dan lighting so nampak kurang kott tapi still boleh nampak lagi birthmark tuu kan.


After.


See? Nampak tak perbezaanya. Gambar ni baru je snap 2 hari lepas, masih panas panas lagi gitteww hahah selepas dah sembuh sepenuhnya.

Memang dari luaran tak nampak sebab saya dah tepek dengan bedak tebal tebal dekat situu. Datang face to face pun hanya nampak segaris halus. So im happy!


Perlu ke buat laser treatment ni? Macam tak perlu je ..?

Soalan ni bergantung kepada masing-masing. Untuk saya, saya ada sebab tersendiri. Walaupun nampak kecil je birthmarik di dagu saya itteww, dan tak memberi effect apa apa pun, sebenarnya, birthmark itu akan terus membesar mengikut kulit kita.

Jadi langkah terbaik, lebih baik saya buang terus dari sekarang, dan apabila dah dewasa dan tua, birthmark di dagu takkan membesar. Ianya hanya akan menjadi segaris parut sahaja.

Jadi, setiap orang berbeza sebab pendapat dan alasan. Masing - masing terpulang kepada individu tersebut. Kalau berkemampuan apa salahnya, bukan merubah bentuk muka pun kan, hanya nak buang birthmark yang akan membesar.


Mahal ke buat laser treamment ni?

Mesti anda tertanya tanya kan bayaran untuk buat laser treatment ni kan kan? hehehe So far, saya hanya bayar RM350 sahaja! Murah kan?!! Sebab saya dah survey di beberapa tempat espcially di kl, memang beriban jugak nak buat laser treatment ni!

So lepas doktor cakap hanya RM350 all include (laser itself dan ubatan) saya terus bersetuju nak buat sebab saya tahu takkan dapat harga ni di tempat lain. Maybe ada promotion kot tu sebab saya dapat harga murah macam ni. Idk apa apa hal boleh je terus call Klinik Primer dan tanya Dr Hannan sendiri. So far, for the services dan doktor yang baik, pembantu yang baik2 saya berpuas hati. Kawan terdekat yang tanya harga pun terkejut beruk lepas saya bagitahu RM350 sahaja, yelah, bukan buat di klinik kerajaan dan hospital kerajaan, buat di klinik swasta kot kira murah gila la kann.



Ada servis lain ke selain dari laser treatment ni?


Saya tak tahu hahah yang ni kena tanya Klinik tersebut tapi setakat yang saya tahu (saya follow diorang punya ig, doktor punya ig dan follow facebook page diorang) yang saya tahu ada buat tattoo removal, nak kempiskan perut, nak licinkan kulit, prp 'tak pasti apa tu prp', nak cucok/inject kecantikan, nak hilangkan parut jerawat dan lain lain. Banyak jugak servis mereka ni. 



HARAP MAKLUM. Ini hanya pengalaman saya sendiri and the result may be vary from others. Lain orang lain pengalamannya ye.

Till then, XOXO

Monday 15 September 2014

Sabar .. Apa itu SABAR?

Hi and Assalamualaikum uols.


Sabar ni sebenarnya apa ye? Orang cakap sabar ni separuh dari iman. Sabar ni indah. Sabar ni tarbiyah dari Allah. Banyak sebenarnya spesifikasi sabar ni. Tapi diantara semua adakah kita ni menghayati erti sabar yang sebenarnya? Cuba fikir sejenak.

Saya akui saya ni memang agak kurang kesabaran. Dari dulu lagi saya mengenali diri saya sendiri memang saya tahu bahawasanya memang saya agak kurang sabar dalam setiap perkara.

InshaAllah, sekarang ni saya lebih menghayati erti sabar yang sebenar benarnya.

Macam mana saya boleh menjadi seorang yang sabar? Ada banyak sebab tentunya, tapi yang paling utama saya terdengar kata kata dari Ustaz Habib *lupa nama penuh, ustaz ni memang agak terkenal di Indonesia* MashaAllah, memang agak menyentuh hati saya dan saya tiba tiba terasa tenang dan dari situ saya belajar sabar. 

Memang sabar ni pahit. AGAK PAHIT BAGI SAYA YANG MEMANG SAYA TAHU SAYA TIDAK ADA LANGSUNG KESABARAN DALAM HATI SAYA. Tapi Alhamdulillah, sekarang ni saya boleh bersabar dalam segenap perkara. InshaAllah, semoga saya terus istiqamah dalam proses sabar ni.

Kata - kata dari ustaz tersebut membuatkan saya terfikir. 

Katanya lagi, sabar ni seperti memancing. *eh apa kena mengena dengan memancing pulak kan*

Sabar ni seperti memancing. Kita nak memancing semestinya kita kena bagi umpan yakni ikan kecil ke, udang ke atau apa2 benda yang boleh dibuat umpan dengan harapan kita akan dapat ikan besar atau ikan yang kita ingini. Betul tak?

Umpan tersebut seperti pengorbanan kita. Kita kena korban kan ikan kecil atau umpan seperti mana kita buat pengorbanan dengan harapan dapat ikan besar. Ikan besar tu seperti hadiah bagi kita. Paham tak?

Kadang kala kita tak tahu, dengan umpan kita tu kemungkinan kita takkan dapat apa apa. Tapi walaupun kita tak dapat apa - apa adakah kita akan berputus asa? Tentu sekali tidak kan. Esoknya mesti kita akan datang dengan umpan baru atau dengan semangat baru dengan harapan kita akan dapat ikan besar nanti.

Inilah dinamakan semangat tidak berputus asa dan kita kena ada semangat sentiasa berusaha.

InshaAllah, apabila sekali kita dapat hadiah ikan besar, apa perasaan kita?.  

Kita akan rasa sangatttt gembira dan rasa berbaloi pengorbanan yang kita buat selama ni

Begitu juga dengan sabar. Allah akan bagi kita hadiah apabila kita tak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha. APABILA TIBA WAKTUNYA. Apabila waktu yang Allah rasakan waktu tersebut adalah tepat bagi kita. Tapi kita sebagai manusia, memang kita tak dapat nak jangka waktu tepat tersebut kan. Yang kita perlu buat adalah sentiasa berusaha dan sentiasa bersabar untuk hadiah besar yang akan kita dapat lagi.

Kita kena bagi umpan kecil dengan harapan kita akan dapat ikan besar. Bila? Apabila tiba waktunya. Mungkin bukan sekarang, mungkin pada masa hadapan. Dan dengan itu, kita akan rasa erti sabar yang sebenarnya.

Sedikit pengorbanan. Mungkin juga sedikit penderitaan. Tapi anda kena ingat, hadiah besar nanti kita akan dapat. Sabar la sikit. Seperti jugak memancing. Kita bagi umpan then kita tunggu. Kalau tak dapat, esok kita pancing lagi. Esoknya, mana tahu kita akan dapat ikan besar. So dengan kata lain, nak dapatkan ikan besar kita perlu korbankan ikan kecil/umpan kita.





Semoga saya dan semua terus bermuhasabah!

Till then, XOXO.



Tuesday 9 September 2014

Makan di MARASCHINO CAFE, RANTAU PANJANG.

Hi and Assalamualaikum uols.

Dah beberapa kali sebenarnya saya berniat nak makan di kedai ni tapi belum berkesempatan lagi. So kali ni dapat jugak makan setelah beberapa kali niat asal nak pergi makan sini terbantut heh!

Seperti biasa, sebelum saya pergi makan makan atau ke mana mana saya akan buat sedikit review dan survey terlebih dahulu. Rata2 yang saya baca semuanya memberikan positive feedback. So okay la, meh la kita pergi try.

Cafe ni berada di bandar rantau panjang. Memang senang je nak nampak cafe ni sebab satu satunya cafe yang 'lain dari yang lain' heheh. Tak lain macam mana, cafe ni je yang terlebih menyerlah di antara semua kedai yang ada di rantau panjang ni.

 
Kredit gambar dari Google dan owner asal. Boleh baca blog ni (klik!)

See what i mean? Sebelah kedai lain semuanya tipikal kedai biasa je di rantau panjang ni, tapi cafe ni menyerlah di antara kedai kedai yang ada kan.

Dah masuk dalam cafe ni memang rasa agak mewah dan exklusif je. Masa kami masuk dah kosong sebab petang. Memang sengaja nak pergi petang sebab dah tahu kalau pergi hari minggu dan lunch time memang packed dengan orang ramai. Di  rantau panjang, hari minggu memang ramai je orang datang nak shopping.

Cafe sangat neat dan bersih. Meja tersusun cantik je dan ada sudut deco untuk membaca. Boleh juga untuk bergambar. Saya pulak masa tu kalut nak balik sampaikan lupa nak bergambar di sudut yang cantik dalam cafe ni. Haihhh ruginyaa.


Semasa perjalanan, selfie dulu :D Kalau dari KB nak ke Rantau Panjang ni memakan masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Kalau bawak laju setengah jam pun dah sampai :D Jalannya nak ke sana kalau tak jammed memang clear dan straight je. So boleh memecuttt hahaha


Buat peace dulu sebelum makan =P



Datang makan ke cafe ni bersama dengan sepupu dan kawan.


Chicken parmesan. Pedas2 sikit. Sedap! RM27. Banyak lauknya, memang sembelit jugak nak habiskan. Hehehe


Selfie dengan sepupu.
 

Dekat cafe ni jugak memang special dengan pelbagai dan variasi kek. Ada banyakkkk dan sedap sedap semuanya. Macarons pun ada. Sempat jugak try macarons tapi tak kena la dengan tekak saya. Manis sangatt. Sepupu cakap sedap sebab memang feveret dia. Ni perasa strawberry dan rasberry. RM3.50 seketol.


Air mocha chocolate. Eh ke bukan eh lupa la air apa nii RM10.50


  
Saya dengan spagetti carbonara. Masin sikit. Tapi sedap dan berlemak je. Kalau ada udang maybe lagi sedap. RM17.

Overall bolehh la. Bagi saya so - so je. Bukan ada effect wow pun just boleh la sebab saya dah pernah cuba makan di tempat lain dengan harga sebegini yang lebih sedap lagi. 

Dekat sini pun katanya untuk coffee lover. Ada yang saya baca review di blogs katanya sini antara coffee yang sedap pernah di cuba. Lain kali boleh cuba pulak coffee dekat sini.

Harga semua sekali RM98.50. Memang agak mahal rasanya. Tapi sekali sekala boleh la makan sedap ye dak. =P

Till then, XOXO