Tuesday 2 September 2014

Review CATHY DOLL SPEED WHITE CC CREAM


Hi and Assalamualaikum uols.

Kali ni nak buat  review cc cream dari brand Cathy Doll yang agak famous dari thailand.

Saya memang sekarang ni suka pakai cc (cream control) cream ni sebab teksturnya ringan dan tak berat kalau pakai di muka. Agak berbeza dari pakai foundation yang kebiasaanya memang 'memberatkan' muka. So nak simple dan senang, sapu aje cc cream ni then wallahh you are gorgeous instantly!

Meh baca reviewnya :



Packaging dari depan tertulis dah ada SPF 50+ (sangat bagus kalau ada spf sebab semakin tinggi nilai spfnya, semakin lah ianya memblock sinaran uv  matahari dari merosakkan kulit kita) adoii .. bahasanya nyaa punn harap harap sapa yang baca ni paham la yee hahaha. Dan lagi satu tertulis, all day control. maksudnya, cc cream ni dapat bertahan dengan jayanya dari pagi sehingga lah ke petang. all day kannn =P



Packaging dan isi dalam

Mempunyai kandungan sebanyak 50gram. Nampak je elehh macam sikit je, padahal cream ni mampu bertahan sehingga 3 bulan mengikut penggunaan. Yelah, kalau dah sehari pakai 4 5 kali makanya memang sah sah la habis cepatt hahah



Nampak tak tertera 12hours guarantee oil control. Bagusnya cc cream ni. Dapat cover muka yang berminyak selama 12jam. Woahh! Memang sesuai dengan saya, sebab saya memang jenis muka berkilattt sajoo (berminyak). Dari jauh boleh nampak sinaran kilat hahah




"CC cream is short for COLOR CONTROL cream which is used as a nutrient make up base. It is combined with mineral water, toner, brightener, softener, foundation and sunblock in one cream. This cream is not sticky and light on the skin, naturally covering imperfections and maintaining an even tone making the skin looking brighter and healthier all day long. It is full of Vitamin C, hydrating factor, Q 10 and collagen to revitalize and moisturize the skin."




Tube cc cream ni jenis macam ni. Rasanya almost guna macam ni kan. Senang keluar dan tak mudah meleleh.

Selepas saya guna cc cream ni, so ni lah review saya :
  1. mampu menutup semua parut parut jerawat saya
  2. tak berat, rasa ringan dan seperti tak pakai apa apa pun di muka saya
  3. tidak melekit even berpeluh
  4. memutihkan kulit dan meratakan tona kulit
 Ramai artis artis thailand ni guna cathy doll tauu, tak caya awak semua boleh google!




 Taken with samsung note 1. So gambar tak berapa clear sikit tapi memang cc cream ni menutupi dan menyamarkan parut parut jerawat saya yang agak teruk gilaaa. sebab tu masih nampak lagi sikit sikit kesan parut jerawat ittewwwww. tak pee slow2 lama nanti akan hilang jugakk. Yang penting kena selalu pakaii :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi memberikan komen, pandangan dan ulasan anda. Saya hargai :)