Sunday 21 September 2014

Resepi SHEPHERD PIE senang dan sedap!

Assalamualaikum and Hi untuk semua :D

Kali ni saya  nak share resepi shepherd pie versi saya yang simple dan mudah je. Sebenarnya saya ni dalam seminggu sekali jugak la buat shepherd pie ni memandangkan semua isi rumah ni suka makan. Jadi kalau ramai ada dekat rumah, memang saya agak rajin nak buat resepi ni. :)

Saya akan buat cara saya step by step ye, supaya mudah awak awak semua nak paham. 


Sediakan lebih kurang 4 -5 ubi kentang bersaiz sederhana. Kupas dan potong dadu dan rebus sampai lembut dan empuk. Pastikan betul betul empuk ye, supaya senang nak hancurkan.

Saya campur ubi kentang tu yang nampak ada kaler kuning terang dan kuning muda. Hehehe nak habiskan kentang yang ada dulu. Jangan membazirrr, habiskan yang ada dulu kekeke

Sekarang kita kena sediakan kentang lecek dahulu.


Lepas dah empuk dan lembut, tapis dan masukkan dalam bekas/bowl. 

Masukkan susu cair atau susu full cream. Saya hanya masukkan susu cair. Masukkan lada hitam. Dan sesudu besar butter. Dan perasakan dengan sedikit garam.

Susu cair/susu full cream tu masukkan sikit sikit ye. Sambil melecek/menghancurkan ubi kentang tu sambil tu masukkan susu. Kalau rasa liat lagi, masukkan lagi susu sehingga rasa hancur. Sampai jadi seperti ni.


Dah jadi macam ni ok boleh stop. Saya hancurkan guna senduk je, tapi kalau rasa tak larat boleh guna mixer. Saya takpe sebab dah biasa hancurkan kentang ni heheh

Dah siap untuk kentang lecek. Ketepikan dulu. Sekarang kita nak buat daging hancur pulak sebagai isi dalam tu.



Guna 400g daging cincang/minced meat. Selalu saya guna brand Ramly je. Brand lain pun ada, rasanya brand Ramly lagi sedap kottt.

Buang bungkusan dan basuh terlebih dahulu sehingga air yang keluar air berwarna putih. Kalau ada merah2 lagi *air dari daging* basuh lagi sehingga bersih.


Guna setin cendawan butang. Apa2 brand pun tidak kisah. Basuh dan potong ikut suka.


Bawang putih - 5 ulas
Bawang holland - 2 biji (sederhana besar)

Bawang merah atau bawang holland *bawang yg warna kuning* lagi sedap bawang holland tau, selalunya memang saya guna bawang holland je, tapi disebabkan masa nak buat ni dah habis, so saya guna bawang merah yang besar tu.

Potong dadu semua. 


Masukkan sesudu besar butter atau minyak biasa. Saya guna butter nanti bauuu lagi sedapp heheh then masukkan bawang semua dan tumis sehingga naik bau wangiiiii.


Dah wangi, masukkan daging cincang. Masak seketika sehingga daging bertukar warna.


Lepas daging dah bertukar warna *maksudnya, daging dah masak* masukkan tomato puree. Apa2 brand pun ada, beli yang saiz kecik sikit pun dah ok. Kalau guna 220g ni masam sikit heee 


Lepas dah masukkan tamato puree, masukkan pula serbuk lada hitam secukup rasa, perasakan dengan garam, 2 sudu besar sos cili, sedikit ajinomoto *kalau tak suka, abaikan*. Kacau kacau rata.


Masukkan pula cendawan butang. Masak lebih kurang 2 minit dan tutup api.

Sekarang kita dah siap semua! 

Cari bekas yang bersesuaian. Pastikan yang tahan panas dan boleh masuk oven sebab nanti kita nak bakar iniiiii!


Memula lapiskan dengan kentang lecek/kentang hancur yang telah dibuat tadi.


Kemudian, masukkan pula daging cincang yang telah dimasak. Ulang lagi sehingga habis. Pastikan last adalah kentang ye.


Seperti di gambar atas ni. Nampak sedap kan hahaha!


Lepas tu lastttttt sekali adalah masukkan mozzarella cheseeee on top of it. Saya guna mozzarella brand perfect italiano yang telah di grated seperti dia atas ye.

Lagi banyak cheese lagi sedap tauuu! It will melt dan sampai tertarikkkk ok cheesenya ituu, macam dalam iklan pizzaa kan ada yang cheese yang ditarik panjangggg. Kalau guna cheese mozzarella memang akan tertarik, tapi kalau guna cheese cheddar atau parmesan dia hanya akan melted sahaja. Gitttewww.

Dan bakar pada suhu 140 C. Bakar ni bergantung kepada oven memasing. So make sure kena check2 jugak la. Kalau cheese dah cair dan sedikit perang, boleh la ditutup dan diangkat.

Memperkenalkan .... jeng jeng jeng *drum roll sound effect* ............
  
.
.
.
.
.
.
.
.



Setelah dibakar! Wohaaaaaa, nampak sedap kannn. Kaler menarik tertarik da boom betul! Hahaha

Lagi gambar.



Close up sikittttt =P


Close up lagiiii hahaha



Ok dah la jom makan bismillahhh ... jemput tengok je semua ok hahaha



Till then, XOXO







No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi memberikan komen, pandangan dan ulasan anda. Saya hargai :)