Wednesday 24 September 2014

Resepi SPAGETTI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH DAN SENANG!

Hi and Assalamualaikum uols.

Hari tu pernah makan spagetti aglio ni dekat rumah terbuka member. Masa tu cakap dalam hati, 'eh eh sedapnya spagetti kering macam ni *tak biasa makan spagetti kering sebenarnya hehehe*' tanya la member ni spagetti ni nama apa. 

So dia pun bagitahu ni la spagetti aglio olio. Ambik kauuu nama pun berbelit nak sebut haha tapi isi dalam spagetti tu simple je bahan bahannya iaitu sotong dengan udang je. Rasa pulak kemain sedapp heheh so dalam hati terfikir, 'one fine day, one fine day i will make this kind of spagetti' chewahhh berdrama kejap hahaha

2 hari lepas taaaddaaaaa tetiba terfikir nak buat spagetti ni. Sebelum tu macam biasa saya cari resepi dari gugel and kalau mood kreatif datang saya ubah sikit2 resepi tuu. #kreatiftibatiba

Tanpa berlengahhh meh kita tengok macam mana nak buat katanya senang dan mudah khennnn =P

Semestinya bahan utama adalah spagetti. Kalau takde spagetti tak jadi tauuuu tauuu tauuuu. 



Ok first sekali spagetti ni kena rebus sampai empuk dulu ye. Masukkan spagetti seperti dalam gambar dia atas. Masukkan 2 sudu besar minyak masak (supaya ianya tak melekat) dan sedikit garam.

Macam mana nak tahu spagetti dah masak ke belum?

Caranya, apabilanya ianya dah lembik, amik salah satu spagetti tu dah cuba potong dengan jari. Kalau rasa dah empuk boleh di angkat dan tos. Kalau belum, rebus lagi sampai dah ok. Lebih kurang 10 - 15 minit kot masa nak merebus spagetti bergantung kepada masing2.

Dah siap spagetti, ketepikan dulu.


Lepas tu rebus udang sekejap. Agak - agak dah masak tutup api terus. Air rebusan udang jangan di buang!


Air rebusan tu diletakkan dalam satu bekas. Kita akan guna air rebusan udang ni. Kalau tak guna air rebusan udang and nak letak air biasa pun takpe, tapi kalau guna air rebusan udang ni rasanya lagi sedap!


Buang kepala udang. Cara saya just gunting sikit aje, sebab saya suka hisap air dari kepala udang tuuu tak senonoh kann haha cara masing2 ok. Kalau tak suka boleh je buang kepala udang. Dan potong sotong.

Dah namanya seafood mesti lah ada udang dan sotong hehehe. Letak sotong dan udang dalam satu bekas dan ketepikan dulu.


Beberapa ulas bawang putih. Mayang halus. 2 hingga 3 tangkai cili kering. Gunting/potong memanjang. Saya letak cili kering supaya naik bau pedas tapi taknak rasa pedas hahaha kalau suka pedas boleh letak beberapa biji cili ye bersama dengan cili kering ni.


Tumis bawang putih bersama dengan cili kering.


Dah naik bau, masukkan air rebusan udang tersebut. Air ni masukkan sikit sikit je ye, if nanti dah masukkan spagetti and rasa nak berair sikit nanti boleh tambah.


Seterusnya, masukkan udang dan sotong terlebih dahulu. Tunggu sekejap then masukkan spagetti pulak.

Gaul gaul rata.


Perasakan dengan oregano ground, black papper dan parsley flakes serta garam secukupnya.

Parsley tu kena letak lebih ye, nisbahnya seperti 3-2-1. 3 (parsley), 2 (black papper), 1 (oregano) paham???? hahahah

Kacau gaul rata lagii. Rasa dulu cukup ke tak tawar ke masin ke apa ke. Then boleh la diangkat.


Dah siapppppp! Mudah je kann! 

Presentation buat gitu gituu je. Atas udang tu saya tambah lagi black papper dan parsley flakes. Dan boleh lah di bagi kepada orang yang tersayangg chewahh hahah

Nampak je kering macam tu, sebenarnya sedap giloss. Kalau makan dekat luar mahal bebeno kauu, macam tak berbaloii je hehehe.



Till then, XOXO



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi memberikan komen, pandangan dan ulasan anda. Saya hargai :)