Friday 19 September 2014

Pengalaman buat LASER TREATMENT

Entry ini sangat panjang. Saya cerita dari memula sampai habis so memang panjang la sikit. Semoga bertabah membaca :D :D

Hai dan Assalamualaikum uols.

Dah beberapa hari tak menaip, otak pun dah tepuu agaknya ni. Memang banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya sejak beberapa hari ni, cuma masaa dan kemalasan yang melanda mengelakkan saya dari menulis :D

Macam mana saya boleh menjalani laser treatment?

Sebenarnya semuanya bermula dari saya teringin nak buat suntikan/injection placenta, gluta, vitamin c, dan sebagainya. Terpengaruh dari teman saya yang dulunya muka agak teruk, masa tu pada tahun 2012 kalau tidak silap saya. Masa tu tak ramai yang tahu injection ni. Masa tu teman saya dah mula amik suntikjan/injection ni. Memula tu saya macam takut jugak la, yelahh, suntikan/injection ni bukan semua orang nak buat. Entah apa2 lah serum yang dibagi kan. Lagipun suntikan/injection ni masih baru lagi dan tak ramai yang berani buat. Maybe hanya artis artis sahaja kot yang buat.

Lepas beberapa bulan yang lepas, saya terjumpa balik dan tengok kulitnya dah glowing dan flawlesssss nya lahaii geram tengok muka teman saya ni. Walaupun mukanya agak teruk dulu, sekarang nampak cantik. Bentuk muka seperti dulu juga heheh cuma kulitnya nampak sihat dan sangat flawless.

Saya pun bertanya sedikit sebanyak. Dan rupanya dia hanya mengamalkan suntikan/injection gluta sahaja. Menarik!

Dari situu saya buat survey dan surveyy bertanya beberapa kawan yang pernah jugak buat suntikan/injection ni. Ramai yang bagi feedback positive. Salah satu sifat saya, ialah, saya memang akan buat survey sehabis lumat sebelum saya akan mengambil tindakan seterusnya. Hehehe So seperti juga dengan suntikan/injection ni saya dah mengkaji terlebih dahulu. 

Dari pengamatan saya, jika buat suntikan/injetion ni kesan dia lebih cepat berbanding krim dan telan ubat. Sebab ianya di suntik terus ke dalam salur darah. Dan bukan disuntik di muka ye, ianya akan disuntik di lengan. 

Kalau krim maybe memakan masa berbulan bulan, berbeza dengan suntikan kesanya lebih cepat. Tapi pastikan amik dos yang ditetapkan oleh dr dan mengikut arahan dr.

Contoh, jika muka saya teruk gila gila, saya dinasihatkan supaya amik suntikan gluta + placenta hanya sebulan sekali atau seminggu sekali secara konsisten. 

Dan suntikan wajib dibuat oleh doktor sahaja. Dr sahaja yang layak membuat suntikan kepada anda.

Eh terpanjang pula pengenalan laser treatment ni hehehe =P

Ok memandangkan suntikan/injection ni HANYA ada di kuala lumpur so agak susah la memandangkan saya berada di kelantan. Takkan nak pergi ke KL hanya semata mata nak buat suntikan kan?

So saya survey di kelantan. Rupanya memang ada beberapa tempat di kelantan yang buat perkhidmatan suntikan/injection ni. Yang saya tahu di Kok Lanas *tempat spesific saya tak pasti, teman saya cakap memang ada di sini and im not sure*, lepas tu di Klinik Dr K di Kota Bharu dan lastly di Klinik Primer Kota Bharu handled by Dr Hanan.

Klinik sebegini dinamakan Klinik Aesthetic.



So saya pilih Klinik Primer memandangkan lagi dekat dengan saya dan tengok feedback di ignya dan facebook page yang agak meriah dengan testimonials. 

 


*kredit gambar dari google*

Pada hari kejadian saya pun pergi la usha dan bertanya dulu sedikit sebanyak. Dr terangkan kepada saya kesan dan kelebihanya. Dia pun check muka dan TERNAMPAK la birthmark/tanda lahir saya  yang memang agak ketara di dagu saya ini.

So dia pun suggest kepada saya better buang birthmark saya tersebut memandangkan birthmark itu akan membesar mengikut keadaan kulit. Memang pun, dulu waktu saya lahir birthmark tu hanya nipis je dan tak nampak. As i am grow older, so birthmark tu pun membesar jugak.

Dan keputusanya, saya tak jadi nak amik suntikan/injection dan saya nak buang birthmark saya tersebut. Hehehe esok terus set appointment dengan dr.

Persediaan laser treatment
 

Esoknya, seperti yang telah dijanjikan jam 11 pagi saya dah sampai. Saya disuruh tunggu sekejap, dan pembantu doktor telah memberikan beberapa biji ubat kepada saya untuk saya telan sebelum laser treatment dijalankan.

katanya ubat bius dan ubat tahan sakit. Amboii terus iols rasa berdebar semacam heheh padahal memula tu macam yakin je sebab semalam dah tanya doktor dia cakap tak sakit pun.

Hari ni kena telan ubat bius pulakk dah. Terus keyakinan yang setinggi mengunung jatuh ke pantai laut terdalam sekali. Tapi sempat jugak post di instagram berdebor deborr hahah


*kalau tak clear, boleh click gambar ye*


Boleh nampak birthmark saya di dagu, agak besar sehingga ke bawah dagu sebenarnya ye.

Kata pembantu doktor sakitttttt sikittttt je. Hurm *dalam hati, yelah tuu* hehe nak amik hati pesakit kott supaya tak nerves heheh

Ok apabila nama dah dipanggil, doktor hanan nak suntik bius. Dia suruh baring, then saya baring. Sebelum tu sempat jugak tanya, 'sakit tak doktor' doktor cakap, 'sakit sikit je, masih boleh tahan' hurmm

Then dia bawak keluar jarum dia dan cucok. Rasanya, memang sakit sikit je, masigh boleh tahan. Tapi tengok keluar darah jugak la. Ada la dalam 5 cucok rasanya di sekeliling dagu tersebut.

Tunggu sekejap supaya ubat bius bertindak, akan rasa keras sikit di bahagian tuu.

*semasa proses berlangsung, boleh je tangkap gambar dan kalau nak amik video, doktor memang friendly, tak rasa seperti dalam bilik operation punnnn*

Malangnya, saya pada masa tu datang dengan mak sedara, dia taknak tolong amik video so takde la video dan gambar dengan doktor. Ruginya, kalau tak boleh tunjuk video dan gambar semasa proses berlangsung dalam blog ni.

Selepas tu, doktor bawk keluar mesin laser tuu. Mesin tu agak besar jugak, memang takut kalau tengok. Doktor suruh pejam mata, tak bagi bukak takut terkena mata kot. So saya pun pejam jelahh :D

Masa dah nak laser tuu, doktor baca bismillah *bagus doktor ni, masa dia baca bismillah tu saya dah rasa mesti akan ok je semasa proses berlangsung, rasa selamat* then terus laser.

Rasa masa laser?

TAK RASA SAKIT LANGSUNG. Maybe sebab dah bius kot heheh tapi dapat rasa la laser tu bergerak gerak di sekitar dagu. Dan BAU HANGIT MACAM HANGIT MENGGORENG. Hahaha yelah, laser kan mesti la berbau. Bau pun agak tajam sampai ke luar masih boleh bau. Jangan risau, takde keluar api ke apa hahah. Hanya bau sahaja. Rasa pun macam orang duk cubit cubit manja je di dagu. Tak sakit senang cakap.

Ada la doktor laser dalam lebih kurang setengah jam kot. Tak lama sekejap je, dan saya rasa doktor buat dengan sangat berhati hati. Slow dan steady je.

Masa tu saya senyap je tak cakap sepatah apa. Tengah menghayati perasaan dilaserr hahaha sekali seumur hidup je kottt kannn so senyap jelahh hahah

Lepas tu, dah siap laser doktor cakap kena jahitt. Memula dia cakap masa appointment tu just gam *tak pasti pulak gam macam mana* tetiba ni dia cakap kena jahit pulak sebab lubang dalam. Kalau gam tak boleh tutup sepenuhnya.

So hadap jelah kena jahit pulakkk.

Rasa masa jahit?

Sakittt sikit je, tu pun masa dia tarik tali jahit tu bagi kemas. Sampai tertarik tarik kepala iols tauuuu hehehe

Overall, memang sakit tapi sakit manja manja je sakit yang boleh ditahan lagi laa. Masa jahit tu ada pembantu doktor yang membantu, bukan  doktor buat sensorang.

Dah siap semua, dia plasterkan dan bagi instructions sikit sebanyak dan keluar. Doktor ada bagi beberapa ubat (ubat tahan sakit, almaklumlah apabila bius dah habis baru la rasa sakit huhuhu), ubat antibiotik dan krim untuk cepatkan proses pengeringan. Sebelum tu, doktor bagi tarikh untuk buang jahitan iaitu seminggu dari tarikh hari ni.

Lepas buat pembayaran, terus update dekat facebook. Mihmihmihhhhhhh

*kalau tak clear, boleh click gambar ye*


Selepas laser treatment.


Selepas laser treatment dah selesai, pergi makan sekejap then terus balik rumah. Takde pantang apa2 pun, buat seperti sediakala je. Boleh main game, keluar berjalan jalan semua pun boleh buat. Cuma saya sendiri just pantangkan tak makan telur *seperti sedia maklum, kalau makan telur lambatkan proses pemulihan* makanan lain tetap iols bedal yeee hahaha

Malamnya, saya buang plaster tu dan letakkan krim yang diberi oleh doktor. Rasa jugak ngap ngap dekat tempat yang di laser tu tapi biasa biasa je takde la sampai tak boleh tidur.


Ni gambar keesokkan harinya. Kena pakai shawl seperti di gambar supaya tak terkena krim tuu. Kekonon buat gambar black and white =P


Selepas seminggu buat laser treatment.


Selepas seminggu, actually bukan seminggu betol pun pergi dekat doktor untuk buang jahit, disebabkan saya terlupaaa hahah pergi lewat 3 hari sebenarnya. Hahaha

Tunggu giliran kejap, lepas dah dipanggil nama terus masuk bilik doktor.

Dah masuk doktor suruh baring dan sapu ubat sikit. Lepas tu buang macam biasa, tak sakit langsung.


Menjadi ke laser treatment tu?


Agak menjadi jugak la, dari sebesar dagu tu hanya ada garisan tebal sahaja. So far, ok je kalau letak bedak tebal tebal di area tu memang takkan nampak adanya parut di dagu.


Before and After laser treatment.

Before.


Kalau tengok dari gambar, memang agak ketara birthmark saya itteewwww. Kalau face to face lagi lah ketara yee. Ni maybe effect gambar, cara amik gambar dan lighting so nampak kurang kott tapi still boleh nampak lagi birthmark tuu kan.


After.


See? Nampak tak perbezaanya. Gambar ni baru je snap 2 hari lepas, masih panas panas lagi gitteww hahah selepas dah sembuh sepenuhnya.

Memang dari luaran tak nampak sebab saya dah tepek dengan bedak tebal tebal dekat situu. Datang face to face pun hanya nampak segaris halus. So im happy!


Perlu ke buat laser treatment ni? Macam tak perlu je ..?

Soalan ni bergantung kepada masing-masing. Untuk saya, saya ada sebab tersendiri. Walaupun nampak kecil je birthmarik di dagu saya itteww, dan tak memberi effect apa apa pun, sebenarnya, birthmark itu akan terus membesar mengikut kulit kita.

Jadi langkah terbaik, lebih baik saya buang terus dari sekarang, dan apabila dah dewasa dan tua, birthmark di dagu takkan membesar. Ianya hanya akan menjadi segaris parut sahaja.

Jadi, setiap orang berbeza sebab pendapat dan alasan. Masing - masing terpulang kepada individu tersebut. Kalau berkemampuan apa salahnya, bukan merubah bentuk muka pun kan, hanya nak buang birthmark yang akan membesar.


Mahal ke buat laser treamment ni?

Mesti anda tertanya tanya kan bayaran untuk buat laser treatment ni kan kan? hehehe So far, saya hanya bayar RM350 sahaja! Murah kan?!! Sebab saya dah survey di beberapa tempat espcially di kl, memang beriban jugak nak buat laser treatment ni!

So lepas doktor cakap hanya RM350 all include (laser itself dan ubatan) saya terus bersetuju nak buat sebab saya tahu takkan dapat harga ni di tempat lain. Maybe ada promotion kot tu sebab saya dapat harga murah macam ni. Idk apa apa hal boleh je terus call Klinik Primer dan tanya Dr Hannan sendiri. So far, for the services dan doktor yang baik, pembantu yang baik2 saya berpuas hati. Kawan terdekat yang tanya harga pun terkejut beruk lepas saya bagitahu RM350 sahaja, yelah, bukan buat di klinik kerajaan dan hospital kerajaan, buat di klinik swasta kot kira murah gila la kann.



Ada servis lain ke selain dari laser treatment ni?


Saya tak tahu hahah yang ni kena tanya Klinik tersebut tapi setakat yang saya tahu (saya follow diorang punya ig, doktor punya ig dan follow facebook page diorang) yang saya tahu ada buat tattoo removal, nak kempiskan perut, nak licinkan kulit, prp 'tak pasti apa tu prp', nak cucok/inject kecantikan, nak hilangkan parut jerawat dan lain lain. Banyak jugak servis mereka ni. 



HARAP MAKLUM. Ini hanya pengalaman saya sendiri and the result may be vary from others. Lain orang lain pengalamannya ye.

Till then, XOXO

24 comments:

  1. as salam hi awk, boleh sy thu, kt klinik primer boleh bwk vitaminc/collagen sndiri tk? mksd sy, sy bli dr spplier lain. cume nk servis injection.

    ReplyDelete
  2. sy sdg berusaha nak ilangkan eyebag..n dark circle bwh mata...without having any operation or injection can klinikprimer solve my problem??

    ReplyDelete
  3. sy sdg berusaha nak ilangkan eyebag..n dark circle bwh mata...without having any operation or injection can klinikprimer solve my problem??

    ReplyDelete
  4. sy sdg berusaha nak ilangkan eyebag..n dark circle bwh mata...without having any operation or injection can klinikprimer solve my problem??

    ReplyDelete
  5. sy juga berusaha utk kempiskan perut..berat terkini sy 70kg dgn ketinggian 162cm utk mendapatkan berat bdn ideal..bgm klinikprimer boleh bantu saya?? Sy adalah gov staf yg selalu kerja dgn jadual yg padat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena konsisten sis.. yang penting life style kena ubah.

      Delete
  6. Confirm ke injection takda steroid?

    ReplyDelete
  7. Siapa pernah pergi Buat rawatan laser treatment kat Dr.k kb jalan kebun sultan bawah hayaki restaurant Tu..rawatan laser katanya free seumur hidup cuma bayar Ubat Dier jew jew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah pergi Dr.k.Ya free jer laser dia.Lepas laser muka merah seminggu lebih.Sapa yg dh bekerja tu memang malu la hadap org ramai dgn muka merah mcm tu.Biasa je bagi sy.Tak ad perubahan sgt pun.Laser ni buang sel kulit mati.Kena slalu buat baru nmpk prbhn

      Delete
    2. Pernah pergi Dr.k.Ya free jer laser dia.Lepas laser muka merah seminggu lebih.Sapa yg dh bekerja tu memang malu la hadap org ramai dgn muka merah mcm tu.Biasa je bagi sy.Tak ad perubahan sgt pun.Laser ni buang sel kulit mati.Kena slalu buat baru nmpk prbhn

      Delete
  8. Siapa pernah pergi Buat rawatan laser treatment kat Dr.k kb jalan kebun sultan bawah hayaki restaurant Tu..rawatan laser katanya free seumur hidup cuma bayar Ubat Dier jew jew...

    ReplyDelete
  9. Tuan blog.Sy nk tanya.Kawan awk yg buat inject vitamin c tu,dia inject klinik mne eh?Boleh tak nk minta tolong awk tanya kwn awk nama klinik tu.Alaa yg awk cerita area kokLanas tu.Sbb dkt sikit dgn rumah.

    Email : cik.merah07@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Tuan blog.Sy nk tanya.Kawan awk yg buat inject vitamin c tu,dia inject klinik mne eh?Boleh tak nk minta tolong awk tanya kwn awk nama klinik tu.Alaa yg awk cerita area kokLanas tu.Sbb dkt sikit dgn rumah.

    Email : cik.merah07@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Hi , boleh tlng tnya member balik tak yg buat injection dkt kok lanas tu .

    Email: sakina.sidik69@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Salam DrK. Saya salah seorang pelanggan yang ingin suntik vaksin umrah di klinik DrK hari ini. Hari ni DrK sangat melampau dan biadap menghalau saya keluar semata mata kerana saya tidak mahu bergambar untuk tujuan pengiklanan.

    DrK sepatutnya tahu yang mengambil gambar adalah hak privasi seseorang apatah lagi dengan mengiklankan gambar tersebut di media sosial atau sebagainya tanpa izin orang tersebut.

    Adakah kerana vaksin umrah DrK murah daripada klinik lain membolehkan DrK buat sesuka hati pada pelanggan?

    Kalau DrK ingin membuat syarat seperti itu DrK sepatutnya sudah memberitahu awal awal di kaunter yang DrK ingin mengambil gambar untuk pengiklanan dan ianya wajib. Barulah pelanggan boleh buat keputusan samada mahu atau tidak.

    Ini tidak beritahu apa apa tiba tiba suruh posing pegang plate nama DrK untuk bergambar.

    Apabila saya tolak untuk bergambar DrK menghalau saya dari klinik tersebut. Ini memang sangat melampau apatah lagi dari seorang yang bergelar doktor. Biadap!

    Saya akan buat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

    #KementerianKesihatanMalaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la..bg sy dr k pon mmg bad servce..sy pn sme..smpi tbe2 dpksa amk.gmbr..dtg mnyendeh sblh kte..sy prempuan..n rse xske gn keadaan g2...lpas tu mse sy bt laser...sy rse xsmpi 10min pom..hmm..then bt cncai2 jer..

      Delete
    2. Mohon buat laporan pd KKM... Klinik DrK masih memberi layanan buruk...disuruh bergambar sedangkan sy tdk ingin brgmbr, dan mereka mmg buat kerja cincai

      Delete
    3. Xbaik dr k buat mcm tu.kita ada hak jgk

      Delete
  13. Kalau saya, ngeri juga dengar pasal pengalaman Sarah nie sebab takut... ����

    ReplyDelete
  14. mmg bad service pon .sgt2 kecewa..dah tak nak pegi dah. kite nak try laser je. tiba2 bg product dia..mcm paksa2 org. nampak sgt nak popularity dan nak cekau duit org.

    ReplyDelete
  15. Memang pom saya kena camtu' asyik paksa beli produk dia setiap kli gi.. Lps tuh selalu call duk promote produk dia

    ReplyDelete
  16. Doktor K mmg teruk. Sedara sy pernah pegi interview dgn kawan dia. Dia ckp kt sini x ambil staf yang badan gemok dan gigi jongang. Bgai saya x perlu la sampai nak menjatuhkan air muka orang. Mmg klinik aesthetic ambil star body mcm model. Tp nak dibandingkan dengan gaji, langsung x setimpal. Boleh je ckp nanti pihak kami akan hubungi kembali jika terpilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang teruk tulis iklan rm100 buang parut,buang jerawat.. kite ni percaya la rm100 mungkin lebih2 sikit la kot..bila pergi die ckp kena laser ,cucuk n bg ubat harga rm1300 ..bodo la.. nape tulis iklan rm100 ke kebabian apekah ini

      Delete
  17. Hi. Nak tanya siapa ada pengalaman buang tattoo eyebrow ? Puas sy cari klinik yg bagus. Supaya tak tinggalkan parut dkt kening 😣

    ReplyDelete

Terima kasih sudi memberikan komen, pandangan dan ulasan anda. Saya hargai :)